The new Icon : Chanel 19
Dilihat pada pertama kali di pentas musim luruh/sejuk 2019, beg Chanel 19 dicipta oleh Karl Lagerfeld dan Virginie Viard, memberi penghormatan kepada signatur beg 2.55, yang dibuat pada Februari 1955 oleh Mademoiselle Chanel. Intipati signaturnya mewah dalam kod gaya Chanel. Hadir dalam tiga saiz beg flap segi empat tepat ini dipenuhi dengan berlapis bersegi besar pada kulit atau pada tweed. Rantaian logam yang dijalin dengan kulit turut hadir dalam tiga kemasan, yakni perak, emas dan ruthenium. Reputasi mewah dipaparkan menerusi signatur kod DNA Chanel menerusi pengikat double C, dalam format XL pada semua reka bentuk.
https://www.instagram.com/p/B3hiXDyITNO/?utm_source=ig_web_copy_link
Emosi Chanel 19 indah dengan penegasan berestetika moden. Rantai panjang yang bisa diikat dengan dua gaya memudahkan pengayaan harian. Kod pengayaan tidak terhenti disitu apabila Chanel 19 juga didatangkan dalam versi yang boleh diikat pada pinggang. Praktikaliti adalah kunci gaya yang mewah, elegan dan bebas. Chanel 19 hadir dalam beberapa versi yang girang seperti hitam, putih, krim, biru, hijau, merah dan merah jambu. Manakala, material tweed hadir dalam lapa variasi untuk pandanan dengan siluet indah.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

