Tema Paling Bekontroversi Buat Met Gala 2018 - Glam Malaysia

Tema Paling Bekontroversi Buat Met Gala 2018

Mei 2018 mungkin tampak jauh lagi bagi orang biasa, namun bagi dunia fesyen ia ibarat sekelip mata sahaja. Kerana acara sosial fesyen terbesar oleh Metropolitan Museum of Art’s Costume Institute mungkin telah menetapkan tema mereka.

 

Dress fiber optik oleh Zac Pozen yang dikenakan oleh Claire Danes untuk Met Gala 2016.

Fesyen dan agama akan menjadi tema utama untuk pameran terbesar mereka menurut beberapa sumber yang duduk sekali dalam pembincangan mereka.

 

Dua kategori yang berbeza yang boleh mencetuskan kontroversi? That’s The Met Gala for you. Hal ini belum disahkan lagi oleh institusi tersebut namun beberapa laporan menyatakan yang idea ini sudah dibincangkan sebelum pameran Rei Kawakubo/Comme des Garçons: The Art of the In-Between dibuka lagi.

 

Sebab lain fesyen dan agama menjadi calon tema utama untuk pameran mereka adalah kerana beberapa pereka seperti Jean paul Gaultier, Riccardo Tisci, John Galliano, Dolce & Gabbana sudah menggunakan unsur keagamaan dalam rekaan mereka. Ini secara tidak langsung menandakan yang mereka mempunya banyak pilihan untuk menggunakan rekaan-rekaan ini untuk pameran mereka.

See also
Seán McGirr Pengarah Kreatif Baharu Alexander McQueen

 

Pameran oleh institusi ini sering menarik minat orang ramai dengan tema-tema mereka yang menarik. Tema mereka pada tahun lepas  “Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology” berjaya menarik 752,995 pengunjung manakala “China: Through theLooking Glass” pula berjaya mengumpul 815,992 orang.

 

Stay tuned untuk maklumat selanjutnya.