Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu - Glam Malaysia
Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu

Summer Ready! Koleksi Musim Panas 2023 Mesti Tahu

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

VERSACE ALLOVER

Khas gaya musim panas, Versace mempersembahkan satu himpunan gaya terkini-Versace Allover. Jacquard yang bermulti logo berdasarkan logo ikonik Versace pada tahun 1990-an. Menawarkan set pakaian dan aksesori untuk lelaki dan perempuan. 

Terdapat dress yang bersiluet mengikut tubuh dengan kemasan kulit dan perincian Medusa ‘95. Jaket biker ‘cropped’ juga tersemat kemasan kulit dan zip untuk gaya yang tegas. Seluar pendek dan skirt yang boleh dipadankan bersama. Untuk lelaki pula, terdapat kemeja dan jaket juga seluar pendek dan seluar kargo dengan garis berani menjadikannya andalan sebagai wujud pernyataan pada penampilan musim panas.  

Selain set pakaian, rangkaian aksesori juga tampak menonjol. Seperti beg tote dan beg tangan La Medusa, beg hobo Repeat dan beg silang juga beg silang yang bersanding dengan ragam cara pakai.