Seri Puteri Eugenie Dengan Dress Perkahwinan Istimewa Membawa Makna

Mencuri perhatian seketika daripada sepupunya, Puteri Eugenie telah melangsungkan perkahwinannya bersama Jack Brooksbank di Gereja St George dalam perkarangan Istana Windsor. Beberapa bulan selepas Putera Harry dan Meghan Markle exchanged vows di lokasi yang sama.
Sambil disaksikan jutaan penonton serata dunia dan 800 tetamu jemputan, Puteri Eugenie telah mengenakan busana rekaan Peter Pilotto sebagai busana perkahwinannya. Dress serba putih dengan siluet berkorset yang diserikan lagi dengan full pleated skirt telah dihasilkan dengan teliti oleh Puteri Eugenie sendiri bersama-sama Pilotto dan Christopher De Vos.

Yang membuatkan dress ini lebih istimewa adalah perincian-perincian kecil ditampilkan sekali yang melambangkan hubungan antara Puteri Eugenie dan Brooksbank. Seperti tisel yang melambangkan minat mereka kepada Balmoral, shamrock menunjukkan asal-usul keturunan Puteri Eugenie, dan yang paling utama adalah potongan low back pada dress tersebut menunjukkan parut daripada pembedahan yang beliau lalui pada usia 12 tahun.
Turut menaikkan lagi keanggunan Puteri Eugenie pada hari istimewa ini adalah tiara Kokoshnik zamrud Greville yang dipinjamkan oleh Ratu Elizabeth dan sepasang anting-anting mutiara dan zamrud yang merupakan hadiah daripada suaminya.
Waris ke-lapan dalam pewarisan takhta diraja England, Puteri Eugenie mempunyai kelonggaran dalam setiap keputusannya dan jelas sekali setiap satu keputusannya menunjukkan yang dia masih mengambil serius akan statusnya dan juga sebagai seorang wanita yang bekerjaya.

Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
