Senarai Pencalonan CFDA Awards 2017 - Glam Malaysia

Senarai Pencalonan CFDA Awards 2017

Musim anugerah mungkin sudah berakhir untuk industri hiburan di Amerika, tetapi bukan untuk dunia fesyen.

 

Laura Kim dan Fernando Garcia (Monse)

Walaupun acara karpet merah sering digunakan untuk menampilkan rekaan-rekaan menawan oleh pereka-pereka fesyen yang berbakat, dunia fesyen juga mempunyai cara untuk memberi penghargaan kepada pereka-pereka fesyen di Amerika.

 

Jun ini Council of Fashion Designers of America (CFDA) akan mengadakan upacara penganugerahan tahunan mereka untuk meraikan pereka-pereka yang menyerlah untuk kategori pakaian wanita, lelaki, aksesori, dan juga kategori khas seperti kewartawanan, visi kreatif, gaya peribadi dan juga anugerah pencapaian seumur hidup.

 

Tahun lepas juga dapat menyaksikan nama-nama besar merangkul anugerah mengikut setiap kategori seperti Pereka Pakaian Wanita Tahunan dimenangi oleh Marc Jacobs, Thom Browne untuk Pereka Pakaian Lelaki, Pereka Aksesori pula dimenangi oleh Mansur Gavriel, dan Brandon Mawell, Orley serta Paul Andrew pula membawa pulang Anugerah Swarovski.

 

Beyoncé menerima anugerah Ikon Fesyen, Alessandro Michele (Gucci) untuk Pereka Antarabangsa, Anugerah Pengasas untuk Donna Karan, dan Tribute Khas Lembaga Pengarah untuk David Bowie.

See also
Gaya Maskulin Kendall Jenner Untuk Fendi

 

Semalam, Diane Von Furstenberg dan Steven Kolb serta beberapa nama besar industri fesyen berkumpul di sebuah penthouse di West Village untuk mengumumkan nama-nama calon untuk Anugerah CFDA tahun 2017.

 

Womenswear Designer of the Year
  • Joseph Altuzarra (Altuzarra)
  • Raf Simons (Calvin Klein)
  • Marc Jacobs
  • Jack McCollough dan Lazaro Hernandez (Proenza Schouler)
  • Mary-Kate dan Ashley Olsen (The Row)

 

Menswear Designer of the Year
  • Raf Simons (Calvin Klein)
  • Robert Galler
  • Thom Browne
  • Tim Coppens
  • Todd Snyder

 

Accessories Designer of the Year
  • Stuart Revers (Coach)
  • Irene Neuwirth
  • Paul Andrew
  • Mary-Kate dan Ashley Olsen (The Row)
  • Rachel Mansur dan Floriana Gavriel (Mansur Gavriel)

 

Swarovski Award for Emerging Talent
  • Laura Vassar Brock dan Kristopher Brock (Brock Collection)
  • Gabriela Hearst
  • Laura Kim dan Fernando Garcia (Monse)
  • Virgil Abloh (Off-White)
  • Sander Lak (Sies Marjan)

 

Geoffrey Beene Lifetime Achievement Award: Rick Owens

 

International Award: Demna Gvasalia (Vetements danBalenciaga)

 

The Founder’s Award in Honor of Eleanor Lambert: Pat McGrath

See also
GLAM MEMORI: Melinda Looi

 

Fashion Icon Award: Franca Sozzani

 

Board of Directors’ Tribute: Gloria Steinem, Cecile Richards, dan Janelle Monáe

 

Swarovski Award for Positive Change: Kenneth Cole