Coach Bawakan Nuansa Ramadan & Spirit Warisan New York yang Autentik di Pavilion KL - Glam Malaysia
Coach Bawakan Nuansa Ramadan & Spirit Warisan New York yang Autentik di Pavilion KL

Coach Bawakan Nuansa Ramadan & Spirit Warisan New York yang Autentik di Pavilion KL

Coach kembali hadir dengan pengalaman bespoke Ramadan 2024 yang bertempat di Pavilion KL. Bersama-sama merayakan semangat dan momen kebersamaan sempena ketibaan musim perayaan. 

Coach Ramadan 2024

Coach menganjurkan pengalaman bespoke Ramadan 2024, menyambut bulan Ramadan serta musim perayaan buat kali kedua di Malaysia dengan instalasi yang mengasyikkan, pengalaman interaktif dan tawaran koleksi baharu di Pavilion KL.

Menggabungkan spirit lokal dan warisan New York yang beragam lagi optimis, maka hadirlah pengalaman yang unik. Coach menghidupkan ikon abadinya dalam rupa bentuk beg Quilted Tabby yang besar, lebih besar daripada apa yang dibayangkan. Tersergam di kawasan pintu masuk Pavilion KL. Bersempena menyemarakkan semangat indah Ramadan, instalasi seni digital yang menarik dan disepadukan dengan motif seperti bintang dan bulan sabit dalam bentuk ‘quilted’. 

Coach juga menawarkan pengalaman permainan video digital yang direka khas bulan ini, yang mana pelanggan berpeluang memenangi beg Quilted Tabby. Selain itu, terdapat ruang khas menempatkan troli Coach yang menghidangkan pek mini mengandungi kurma untuk pengunjung menerimanya secara percuma. Boleh didapati sepanjang Ramadan (hanya tersedia dari Jumaat hingga Ahad). 

See also
Pengalaman Kulineri Eksklusif: The Coach Restaurant Kini Dibuka Di Jakarta

Anda juga dapat melihat koleksi musim bunga 2024 Coach, sambil itu menyelami kisah dan inspirasi Coach dedikasi musim ini. Yakni “The Courage to Be Real”- tentang mencari keberanian untuk menemui erti menjadi nyata dengan cara anda sendiri. Coach mahu memberi inspirasi buat semua untuk mengeksplorasi diri, seterusnya menemui keberagaman sisi yang ada. Perspektif ini berpegang kukuh melalui paparan pengalaman fizikal dan digital, instalasi ini mempamerkan beg Quilted Tabby Coach. Pelawat boleh meneroka koleksi sambil menemui kemungkinan baharu untuk ekspresi diri. 

coach dolla

DOLLA

coach anna jobling

Anna Jobling

Semua dijemput untuk merasai sendiri pengalaman instalasi yang mengilhami spirit Ramadan yang indah, sambil itu melawat butik Coach untuk mendekati koleksi musim bunga 2024 Coach. Termasuk rangkaian Quilted Tabby dari 14 Mac hingga 14 April. Ikuti pengalaman menarik disini seperti selebriti dan ‘influencer’ yang telah melawat pop-up istimewa ini. Anna Jobling, Sean Lee dan kumpulan DOLLA antara yang sudah berkunjung. Dan jangan lupa merakam kenangan dengan mengambil gambar atau video di pop-up istimewa ini. 

See also
Blu Inc Media Bersama Samsung Merai Hari Wanita Sedunia

Artikel berkaitan: 5 Jenama Aksesori Mewah Uniseks Perlu Anda Tahu