Prada & Festival 2021 Qixi, Bingkisan Buat Yang Tersayang - Glam Malaysia
Prada & Festival 2021 Qixi, Bingkisan Buat Yang Tersayang

Prada & Festival 2021 Qixi, Bingkisan Buat Yang Tersayang

Kempen Prada terbaru yang dibintangi oleh Cai Xu Kun meraikan ‘gifting ideas’ dan menaruhkan pilihan pakaian dan aksesori eksklusif untuk lelaki dan wanita sempena meraikan Festival Qixi. 

Festival Qixi- the Chinese Valentine’s Day-menerokai konsep memberi hadiah bersempena mengingati semula legenda Qixi. Yang merupakan satu perayaan penting terutamanya buat pasangan kekasih di China. Sudah menjadi kebiasaan untuk penduduk di sana memberi dan menerima hadiah sebagai tanda dari perayaan festival, hadiah juga dapat dilihat dari perspektif lain; kemahiran atau bakat seseorang dalam mencurahkan tenaga dan semangat. 

Pemuzik dan artis berbakat, Cai Xu Kun menunjangi kempen dan menggunakan khidmat jurugambar, Zeng Wu untuk menangkap imej kempen. Zeng Wu pernah dinamakan oleh British Fashion Council sebagai salah satu daripada “100 bakat kreatif muda yang paling inovatif dan inspirasi dari seluruh dunia” pada tahun 2019. Turut memuatkan kempen video yang diarahkan oleh pengarah muda AJ Duan, dengan arahan kreatif oleh Wu Woo. 

See also
GLAM Stail: Most Wanted

Kun pula berada di dalam studio untuk merakam trak lagu, sambil itu meletakkan beg tangan Prada Cleo dan sepatu yang berkilau secara rawak di sudut-sudut studio. 

“You Know What I Want” nyanyian Kun, istimewa untuk kempen, sekali gus menjadi runut muzik untuk kempen sebagai naratif utama. 

Untuk Festival 2021 Qixi, Prada menawarkan seleksi item khusus yang merangkumi pakaian dan aksesori yang dihiasi kristal untuk menghangatkan kedatangan musim baru yang segar dan cerah. Ini termasuk taruhan baru Prada Cleo yang ikonik, dibaluti batu permata kecil, helaian atas dan gaun merah jambu berbalut kristal untuk wanita. Koleksi ini tersedia mulai 26 Julai, di prada.com dan butik-butik Prada terpilih. 

Kempen ini turut menganjurkan cabaran interaktif menerusi Douyin, di mana Kun memberikan jejaknya kepada pengguna di Prada Cleo, mengajak mereka untuk membuat video pendek. Sebagai inisiatif Prada untuk peminat-peminat Kun mendekatinya, seterusnya mengamati tiap rekaan terkandung. 

#Prada

Artikel berkaitan: TB Summer Monogram, Usulkan Naomi Campbell Sebagai Wajah Kempen

See also
Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria's Secret