Trend Aksesori Rambut Paling Hangat 2023 Pilihan Anna Jobling
pilihan Anna Jobling

Trend Aksesori Rambut Paling Hangat 2023 Pilihan Anna Jobling

Aksesori rambut semakin mendapat tempat di hati penggemar fesyen hari ini. Baik penggayaan topi, klip rambut atau juga cekak kain tebal, semuanya kini menjadi kegilaan ramai. Ianya turut menjadi pilihan Anna Jobling! 

Baiklah, kita cakap sahaja tentang satu trend yang paling mendapat perhatian ramai hari ini, iaitu trend mengenakan cekak kain tebal (thick headband). Ia dikatakan bakal menjadi trend aksesori rambut paling hangat tahun 2023. Walaupun ini adalah merupakan trend yang popular pada suatu ketika dahulu, namun ia kini menjadi ikutan kembali apabila bermulanya sewaktu Bella Hadid menggayakannya pada tahun 2022.

pilihan Anna Jobling

Gambar: Getty

Namun sebelum itu, tahukah anda, cekak kain tebal yang elastik ini sebenarnya mula tercipta pada tahun 1950-an? Menurut Rachael Gibson, pemilik akaun Instagram, The Hair Historian, yang berkongsi dengan Dazed Digital, “Cekak kain mula digayakan apabila fabrik elastik mula dicipta pada tahun 1950-an.”

Baru-baru ini kelihatan semakin ramai yang menggayakan trend ini. Antaranya seperti Millie Bobby Brown sewaktu berada di London untuk perasmian bukunya berjudul Nineteen Steps. Dia kelihatan mengenakan dua jenis warna. Buat look pertama, dia memilih untuk mengenakan cekak kain elastik rona putih yang dipadu bersama busana serba putih dan aksesori perhiasan diri rona emas. Rambutnya pula dibiarkan lepas panjang namun digayakan gulung tebal lembut.

See also
Himpunan Seni Man Chien

pilihan Anna Jobling

Gambar: Teen Vogue

Manakala look keduanya, dia menggayakan cekak kain tebal rona coklat buat gaya monokromatiknya bersama busana kulit. Yang menarik perhatian kami adalah pada gaya rambutnya yang digaya belah tengah disebalik sarungan cekak kain tebal tersebut. Ini serta-merta memberikan gaya suntikan 70-an!

Cekak Kain Tebal Pilihan Anna Jobling, #WeLove!

Tidak ketinggalan, our sweetheart, Anna Jobling, turut menggayakan trend ini. Sewaktu melihat Anna Jobling, yang juga merupakan wajah muka depan GLAM isu Oktober 2023 ini, menggayakan cekak kain ini, terus membuatkan kami jatuh cinta dengannya. Lihat sahaja gaya santai pilihan Anna Jobling ini, anda juga boleh menggayakan gaya ini dalam apa juga acara dan selebrasi. Kita yang kini berada di dalam era quite luxury dan juga trend hyper feminine seperti Barbiecore dan sebagainya membuatkan trend aksesori rambut seperti ini turut tidak ketinggalan dalam suntikan gaya estetika wanita hari ini.

pilihan anna jobling

Gambar: Instagram Anna Jobling