Moschino X The Flintstones, Elemen Bernuansa Pop
MOSCHINO BERCANDA LAGI. KALI INI MENGUNDANG ANIMASI IKONIK ‘THE FLINTSTONES’ UNTUK SATU KOLEKSI KAPSUL YANG MENYERONOKKAN. DEDIKASI WANITA GEMAR BEREKSPERIMEN GAYA.
Jeremy Scott bijak bereksperimentasi. Sempena musim panas 2022, Jeremy Scott hasilkan koleksi Moschino, bersama animasi popular the Flintstones. Moschino mengimbau ke dunia dan era yang berbeza, dan terkini, menaiki mesin masa telah mendarat di Zaman Batu, yakni bandar Bedrock.

Menghimpunkan busana ready-to-wear dengan tampilan gaya quirky dan menonjol, lengkap dengan pilihan warna-warna yang cerah, permainan gaya dengan elemen bernuansa pop, serta garis rancang yang daring, namun feminin dan playful pabila dipadankan bersama aksesori.
Karakter kesayangan ramai, Fred dan isterinya Wilma, anak perempuan mereka Pebbles, dinosaur peliharaan, Dino. Serta rakan-rakan mereka Barney, Betty dan Bamm Bamm menjadi fokus utama pada cetakan. Dan menghiasi aksesori yang hangat, sebagai sebahagian daripada koleksi kapsul Moschino yang didedikasikan animasi popular tersebut.
Logo Moschino diolah semula dengan ‘font’ berupa batu-ligat menghiasi helaian kemeja T, hoodie dan dress, dengan butiran zigzag dengan latar belakang rona pendarfluor.


Tulang ikonik yang sering dipakai Pebbles digubah membentuk pemegang beg Bikers dalam rona hijau dan fuschia dengan jalur hitam; koleksi ini menampilkan bijoux dengan rantai dan anting-anting ala batu yang turut memaparkan simbol peace dan logo Moschino. Serangkaian sepatu turut dimuatkan. Yang menjadi pilihan GLAM ialah but tinggi dan but combat, serta sepatu tinggi rona ‘fluorescent’.
Tampilan ilustrasi karakter-karakter khas The Flintstones yang memberikan corak tersendiri pada ragam busana bergaya kasual dalam palet cerah khas Moschino serta sejumlah aksesori yang juga tampak begitu jenaka.
Artikel berkaitan: Antisipasi FENDACE
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
