Related Stories
Meraikan Percutian Penuh Gaya Bersama Gucci Gift
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBersempena menyambut musim cuti kali ini, Gucci membawakan koleksi Gucci Gift yang menampilkan seleksi item fesyen yang penuh kekinian. Daripada deretan beg hingga lah ke tampilan aksesori, kesemuanya menyuntik esen bergaya buat percutian yang menghambat kegembiraan.
Musim percutian adalah waktu yang ditunggu-tunggu bagi meraikan perayaan, sama ada bersama pasangan, keluarga mahupun sanak-saudara. Bersempena musim cuti yang menjelang tiba ini, label mewah Gucci mempersembahkan koleksi terbaharu yang menghadirkan item fesyen yang cukup eksklusif dengan nada anggun jenama ini.

Gucci Gift, Merayakan Himpunan Koleksi ‘Stylish Holiday’
Buat percutian yang bergaya, jenama dari Itali ini membawakan koleksi yang menyuntik elemen elegan dan mempersona. Tidak lengkap dalam meraikan percutian tanpa menggayakan tas tangan daripada Gucci. Antara item yang dipertengahkan adalah tas tangan Gucci Bamboo 1947 dengan perincian pegangan atas material buluh atau beg bahu Gucci Mini Bamboo yang nyata mengalirkan elemen chic apabila dipadukan. Beg bulat Gucci Savoy hat mini pula adalah tas tangan dengan butiran monogram ikonik label ini, lantas memberikan daya tarikan memukau secara effortless. Tas tangan lain termasuk beg bahu Gucci Jackie 1961, beg mini super Gucci Dionysus dan beg Gucci Blondie antara seleksi lain yang boleh menjadi pilihan buat penata gaya wanita musim kini.

Bagasi pula semestinya menjadi item terpenting tatkala menyambut musim percutian. Gucci Gift turut menghadirkan bagasi yang klasik lagi praktikal, sesuai buat musim berlibur. Bagasi Gucci Savoy bersaiz sederhana ternyata menjadi bagasi percutian pendek yang ideal. Sementara itu, bagasi beroda kabin Gucci Savoy memberi fungsi percutian jangka masa panjang, sekali gus menawarkan bagasi yang tampak mewah yang mengetengahkan identiti jenama ini.

Beralih ke tampilan deretan aksesori yang dihadirkan dalam koleksi, ia nyata sesuai buat pelengkap gaya peribadi mahupun sebagai hadiah yang penuh makna. Buat yang menggemarkan aura anggun, item fesyen seperti jam tangan Gucci interlocking adalah pilihan yang tepat. Selain itu, himpunan cincin, gelang tangan, anting-anting serta banyak lagi daripada koleksi Gucci Gift ini, membuahkan naratif sentimental dalam merayakan musim percutian bersama yang tersayang. Tidak dilupakan juga dengan kasut tumit Gucci Slingback atau kasut tumit berplatform Gucci Horsebit yang lantas memberi padanan serta gadingan hebat untuk menyambut percutian yang penuh gaya dengan estetika wanita Gucci.

Artikel Berkaitan: Kendall Jenner & Bad Bunny Bintangi Kempen Gucci Valigeria
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
