Meraikan Nota Keindividuan
Penting buat Marc Jacobs untuk melepaskan rasa bebas wanitanya dalam setiap karya dan gaya. Maka cukup utuh buat koleksi musim bunga 2020 yang membawa panji yang merayakan rasa keadilan, kehidupan dengan mimpi yang mengikut rasa peribadi tanpa aturan dari masa hadapan. Marc Jacobs mencipta jalan baru dalam nota stail yang lepas dengan olahan unik sekarang.

Marc Jacobs
Kali ini ruang Park Avenue Armory cukup lain rasanya. Lebih bebas bernafas dengan ruang kosong itu hanya diletakkan sejumlah kerusi besi vintaj pelbagai corak rona putih. Semua yang hadir ke acara fesyen Marc Jacobs duduk mengikut nombor masing-masing. Kali ini Marc Jacobs mahu meraikan rasa bebas, kerana ini juga adalah detik penting di mana momen 11 September berlaku 18 tahun yang lalu. Jacobs tidak mahu kenangan yang kelam. Maka dia ambil masa ini dengan mempersembahkan satu koleksi yang ceraiannya cukup dramatik dan sarat rona. Juga, ada momen penghargaan fesyen yang diabadikan kepada hero fesyennya seperti Karl Lagerfeld dan Yves Saint Laurent. Baca Lancut dalam GLAM April 2020.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

