fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Burberry Menghidupkan Semula Ikon Trench Dengan Sentuhan Moden
Gaya Pentas Paling Diingati Dalam Sejarah Super Bowl
Pertunjukan Ke-100 Dries Van Noten Penuh Nostalgik di Paris Fashion Week
Irina Shayk, Ratu Fesyen “Lockdown”
Update Terkini Fesyen Mesti Tahu

Lima Beg Merah Untuk Fesyen Tahun Baru Lunar

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

BONIA X LISA WONG

Sempena sambutan Tahun Baru Lunar 2023, BONIA menghasilkan koleksi kapsul bertemakan tahun arnab dengan kerjasama artis Malaysia, Lisa Wong. Dalam koleksi tersebut, beg silang mini Ida dalam nuansa merah menjadi perhatian GLAM. Reka bentuk beg yang unik dan balutan merah menjadikan ia satu rekaan yang fun.

Warna meriah yang mewarnai beg tangan cukup serasi jika dipadupadankan dengan pakaian tradisional Cina. Kebiasaannya, cheongsam bercorak menjadi pilihan utama ketika menyambut tahun baru Lunar. Namun, jika memilih busana lain, sesuai juga jika dipadankan dengan beg silang ini. 

Permainan siluet beg yang unik dan tidak konvensional menghembuskan nyawa moden dengan ragam gaya serta padu padan aksesori statement dan tata rias beraksen warna dan glitter penuh spirit muda dan kekinian. GLAM suka pada rekaan beg ini.

MOSCHINO

Lunar 2023

Bagi anda yang suka pada rekaan yang playful, dapatkan beg merah dari Moschino. Moschino ada keluarkan deretan beg sempena sambutan tahun baru Lunar, yang mana menjalinkan kerjasama dengan animasi ikonik Bugs Bunny.

Memilih karakter Bugs Bunny kerana diilhamkan oleh tahun Arnab pada setiap koleksi. Warna merah terang dan cetakan wajah Bugs Bunny yang comel pada beg tangan ini, membolehkan anda berekspresi dalam gaya tersendiri. Bagi wanita yang merancang untuk pergi melancong pada musim perayaan ini, elok benarlah bawa beg Moschino ini kerana saiznya yang praktikal.

Artikel berkaitan: “LOGO MOSCHINO”, Lima Stail Pilihan GLAM

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse