Burberry Monogram Dirai Di Pavilion KL
Pertama kali diperkenalkan pada Ogos 2018, koleksi Monogram adalah sentuhan Riccardo Tisci dengan kerjasama pengarah seni British dan pereka grafik Peter Saville diilhamkan daripada motif Burberry abad ke-20 yang telah diarkibkan.
Sebagai sebahagian daripada sambutan koleksi renaissance dan #BurberryMonogram rumah fesyen mewah ini telah melancarkan kedai pop-up eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur yang dibuka sehingga 22 Disember 2019.

Terletak di tingkat dua berdekatan butik Burberry, konsep pop-up store ini menunjukkan bentuk kiub yang dipadankan dengan blok kadbod dengan cetakan perak dan emas serta struktur metalik, mencerminkan seni bina bangunan diraja British yang bersejarah. Di ruang dalam, anda boleh menemui koleksi kapsul Thomas Burberry Monogram yang terdiri daripada ready to wear, aksesori dan beg.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

