Kempen Prada SS26 Menyingkap Perspektif Visual Fesyen
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioPrada SS26 menampilkan koleksi melalui perspektif visual yang unik, menjemput penonton melihat fesyen sebagai pengalaman yang reflektif dan berlapis.
Kempen Prada Musim Bunga/Musim Panas 2026 bergerak dalam nada yang tenang, namun sarat lapisan makna. Ia berputar di sekitar imej, bagaimana ia dihasilkan, dipersembahkan serta bagaimana ia berfungsi dalam ekosistem fesyen hari ini. Di bawah hala tuju , kempen ini membuka satu sudut pandang yang lebih luas terhadap fesyen sebagai sistem visual, melangkaui kitaran musim dan paparan semata-mata. ‘Image of an Image’ nyata menjadi asas pendekatan dalam kempen ini, meletakkan imej fesyen dalam keadaan yang lebih berjarak dan reflektif, jauh daripada gaya pemasaran yang lazim.

Kempen Prada Meneroka Bagaimana Imej dan Fesyen Membentuk Persepsi Moden Kini
Pendekatan tersebut diperkukuhkan melalui kerjasama bersama artis Amerika, Anne Collier, yang terkenal dengan eksplorasinya terhadap fotografi sebagai objek budaya. Bagi kempen ini, Collier mempersembahkan siri still-life yang merakam tangan-tangan luar bingkai, memegang imej koleksi Prada yang dirakam oleh Oliver Hadlee Pearch. Imej fesyen tidak dipersembahkan sebagai kandungan digital yang mudah dilayari, sebaliknya sebagai objek fizikal yang boleh diperhatikan dengan lebih perlahan. Perspektif ini mengubah cara kita memandang, lantas memberi ruang untuk menyedari proses penghasilan, pengedaran dan pembentukan keinginan di sebalik imej.

Di dalam bingkai fotografi yang dipegang itu, koleksi Prada disarungkan oleh barisan figura dengan kehadiran dan identiti tersendiri, termasuk Hunter Schafer, Levon Hawke, Nicholas Hoult, Damson Idris, Carey Mulligan, John Glacier dan Liu Wen. Tampilan mereka menjadi lapisan tambahan dalam proses pemerhatian, bukan sekadar elemen naratif. Setiap ekspresi dan emosi yang dirakam memperkayakan bacaan terhadap imej, lalu meletakkan fesyen sebagai sebahagian daripada dialog visual yang lebih luas.

Secara keseluruhan, kempen Prada Musim Bunga/Musim Panas 2026 kali ini mengambil posisi luar terhadap budaya imej fesyen itu sendiri. Ia satu pendekatan yang jarang dilihat dalam landskap kempen kontemporari. Melalui lensa seni halus, label mewah ini menempatkan fesyen dalam konteks budaya yang lebih besar, selari dengan hubungan berterusan jenama ini bersama dunia seni dan pemikiran kreatif global. Dalam dunia visual yang bergerak pantas dan dipenuhi imej segera, ketelitian, jarak serta kesedaran menjadi bahasa yang dipilih Prada untuk musim ini.
Artikel berkaitan: Menjejak Masa Bersama Fesyen Lelaki Prada FW26
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
