Chanel 19 bersama tiga dewi, Siapakah Mereka? - Glam Malaysia

Chanel 19 bersama tiga dewi, Siapakah Mereka?

Tiga dewi muda ini adalah wajah utama kempen beg Chanel 19 yang berjiwa muda serta energi yang girang. Siri kempen terakhir adalah persembahan video yang diarahkan oleh Roman dan Sofia Coppola. Margaret Qualley, Marine Vacth dan Taylor Russell ini menjinjit beg Chanel 19 berlainan rekaannya yang cukup dekat dengan karakter masing-masing. Seni video yang sarat dengan gerakan itu menterjemahkan DNA Chanel yang punya rasa bebas dan ceria.

Kenali beg ikon baru Chanel ini di sini.

chanel 19
Margaret Qualley

Margaret Qualley dibesarkan dalam dunia hiburan dan fesyen! Ibunya pelakon lama, Andie MacDowell dan bapa pula model Paul Qualley. Bermula sebagai penari balet di American Ballet Theater dan kini gadis asal Montana mewarnai pentas Hollywood. Filem Once Upon A time in Hollywood arahan Quentin Tarantino meletakkan Qualley sebaris dengan actres baru berbakat sekarang.

Marine Vacth

Wajah klasik Perancis ini mula mendapat perhatian global setelah membintangi filem Young & Beautiful arahan Francois Ozon. Lalu, Marine Vatch menerima nominasi buat pelakon baru di Cesar Award dan Lumieres Award. Pelakon ini terdahulu pernah membintangi kempen Chanel Cruise 2018 dan dirakam sendiri oleh mendiang Karl Lagerfeld.

Taylor Russell

Siapa sangka dengan hanya berbekal wang kurang USD3 dalam akaun banknya mampu mengubah hidupnya menjadi bintang baru 2020! Taylor Russell, berasal dari Kanada mendapat fokus apabila filem Waves lakonannya membuahkan pelbagai anugerah termasuklah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Hollywood Critics Association awal tahun ini.

POST A COMMENT