Tiffany & Co. sentiasa fasih dalam bahasa cinta, dan untuk Hari Valentine 2025, jenama mewah ini menjulang keindahan karya penyair dan pemikir besar dalam sejarah lalu mengekspresikanya dengan cemerlang. Kempen terbaru, Love Language, mengambil inspirasi daripada ikon-ikon sastera seperti Plato, Rumi, Ella Wheeler Wilcox, dan Diane Ackerman.
Kempen ini disemarakkan di seluruh New York City, di mana biru signatur Tiffany @ Co. telah lama menjadi simbol romantik. Petikan Plato seperti “The madness of love is the greatest of heaven’s blessings” dan Rumi “A thousand half-loves must be forsaken to take one whole heart home” menjadi nadi projek ini, muncul dalam saluran digital dan cetakan Tiffany, serta di tempat-tempat yang tidak dijangka di seluruh bandar.
Selama hampir dua abad, Tiffany & Co. telah menjadi sebahagian daripada kisah cinta dunia, dari cincin pertunangan hingga hadiah ulang tahun. Pada Hari Valentine kali ini, jenama ini mengingatkan kita bahawa cinta bukan hanya tentang isyarat besar, ia juga tentang kata-kata yang kekal bersama.
Dan bagi anda yang ingin menjadikan Hari Valentine kali ini tidak dilupakan, Tiffany & Co. telah membentangkan seleksi pilihan daripada koleksi-koleksi kegemaran. Panduan Hadiah Hari Valentine 2025 menampilkan karya klasik seperti koleksi HardWear yang berukiran, rekaan T yang anggun dan moden, koleksi Lock yang simbolik, dan Sixteen Stone yang tidak lapuk ditelan zaman oleh Jean Schlumberger. Kerana walaupun kata-kata dapat mengungkapkan cinta dengan indah, kotak Tiffany tidak pernah gagal untuk menegaskan satu kenyataan.

Tentang Tiffany & Co.
Tiffany & Co., diasaskan di New York City pada tahun 1837 oleh Charles Lewis Tiffany, merupakan perhiasan mewah global yang sinonim dengan keanggunan, reka bentuk inovatif, pengrajinannya yang halus, dan kecemerlangan kreatif.
Dengan lebih daripada 300 kedai runcit di seluruh dunia dan lebih daripada 14,000 pekerja, Tiffany & Co. dan anak syarikatnya mereka, menghasilkan, dan memasarkan perhiasan, jam tangan, dan aksesori mewah. Lebih daripada 3,000 artisan mahir memotong berlian Tiffany dan menghasilkan perhiasan di bengkel milik Syarikat, merealisasikan komitmen jenama terhadap kualiti yang unggul.
Tiffany & Co. mempunyai komitmen jangka panjang untuk menjalankan perniagaannya secara bertanggungjawab, memelihara alam sekitar semula jadi, memberi keutamaan kepada kepelbagaian, kesaksamaan, dan inklusi, serta memberi impak positif kepada komuniti di mana ia beroperasi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tiffany & Co. dan komitmennya terhadap kelestarian, sila lawati tiffany.com.
Artikel Berkaitan:Hujung Tahun yang Bersinar: Hadiahkan Cinta dengan Tiffany & Co.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
