Gaya Emo Cetusan Daiyan Trisha Di Projek: High Council
Karakter Mia dalam drama High Council yang hangat sekarang lakonan Daiyan Trisha juga muncul di pentas peragaan musim luruh 2023!
Drama siri paling popular di TV sekarang adalah milik Projek: High Council. Penangannya membuatkan penuh satu KLCC dengan peminat yang mahu melihat barisan pelakon ini membuat promosi. Dari lantai bawah hingga paling teratas, dipenuhi dengan peminat drama TV ini. Selain mencipta dramatik di kaca TV, Daiyan Trisha juga mencipta sensasi fesyennya menerusi watak Mia!
Gaya Mia yang bergaya emo dan punk membuatkan dia nampak lebih menonjol. Berbanding dengan cita rasa peribadinya, gaya Mia ini lebih daring dan tidak gentar dengan apa jua yang mendatang. Lagi menarik, gaya emo dan punk yang digayakan oleh watak Mia ini sedang hangat di pentas minggu fesyen sekarang. Lagak wanita punk mula mendominasi pentas musim luruh 2023. Stail ini hadir memberi aliran gaya yang wild!
https://www.instagram.com/p/CoOzsDIPJG1/
Gaya penting untuk mewujudkan watak Mia adalah baju-T yang longgar dipadankan bersama skirt tartan. Selain itu paduan ceraian berasaskan material kulit juga menyemarakkan lagi stail Mia yang emo ini! Tetapi apa yang melengkapkan watak Mia adalah sikapnya yang powerful! Cedok gaya edgy yang berinspirasikan watak Mia oleh Daiyan Trisha melalui Projek: High Council!
CEDOK GAYA ALTERNATIF DAIYAN TRISHA DI PROJEK: HIGH COUNCIL HANGAT DI PENTAS PERAGAAN
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026



