Couture Week Menyaksikan Kelahiran New CHANEL Dengan Inspirasi Kurun Ke-18
“It’s a serene, ideal, timeless collection, that’s absolutely now, with new shapes”, nyata Karl Lagerfeld berkenaan koleksi adi busana terbarunya buat Chanel. Walaupun beliau tidak dapat menyaksikan pertunjukan itu sendiri, jiwa dan visinya jelas terpancar melalui setiap look yang dipamerkan.

Bertemakan taman indah nan mewah Mediterranean à la française kurun ke-18, unsur flora memainkan peranan penting pada waktu itu. Jadi Lagerfeld memastikan setiap look yang dipersembahkan mempunyai terjemahan perincian yang sekata dengan tema koleksi ini.
[envira-gallery id="88315"]
Sama ada ia disulam, cat, sebahagian daripada les,resin dan juga seramik, unsur flora ini turut djadikan perhiasan dandanan model menggunakan kemahiran pembekal couture Perancis.
GLAM juga mengenal pasti dua siluet utama memainkan nota penting yang mengikat keseluruhan tema ini bagi menghasilkan sebuah koleksi yang cohesive. Siluet pertama mengikut susuk tubuh si pemakai dengan leher baju boat yang luas dan dilengkapi dengan belahan bahu dengan lipatan geronggang yang berstruktur. Manakala siluet kedua pula lebih kepada bell kembang, bentuk korola dan lengan lurus atau belon melengkapkan siluet ini.
[envira-gallery id="88316"]
Seperti mana-mana pertunjukan couture Chanel sebelum ini, Chanel Bride kali ini tampil lebih bold dengan look baju mandi one piece lengkap dengan vel putih berjemeki dan topi renang yang bergaya.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026

