Sultan Muhammad V Timang Cahaya Mata Lelaki Bersama Oksana Voevodina?
Awal dahulu, gambar tidak rasmi akan perkahwinan Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik dari Rusia, Oksana Voevodina dulu pernah tersebar dan menggegarkan negara. Kini, ia sememangnya boleh dikatakan rasmi apabila jurufoto majlis perkahwinan itu sendiri telah berkongsi gambar-gambar ini melalui media sosial.

Foto: Daily Mail
Maxkoliberdin, seorang jurugambar dari Rusia telah pun berkongsi gambar perkahwinan yang memaparkan imej KDYMM Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik, Oksana Voevodina.
Melihat pada gambar tersebut, jelas kelihatan Sultan Muhammad V segak mengenakan sepasang baju Melayu berona biru gelap, bersongkok serta bersampin. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi lagi, ia turut merakam detik-detik penting tatkala majlis perkahwinan termasuklah ketika memotong kek, momen bersama bridesmaids, dan persembahan istimewa.

Foto: Daily Mail
Menurut laporan Daily Mail sebelum ini, isteri kepada Sultan Muhammad V itu telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada tarikh 22 November 2018. Voevodina atau nama Islamnya, Rihana pernah bergelar Miss Moscow pada tahun 2015. Malah Voevodina juga pernah menjadi model peragaan di China dan Thailand.

Dan baru-baru ini, melalui laporan Daily Mail, The Malaysian Insight, dan Malaysia Gazzete, Sultan Muhammad V dan isterinya, Oksana Voevodina yang khabarnya telah menimang cahaya mata lelaki pada 21 Mei lalu. Malah turut dikongsi di laman instagram @rihanapetra. Sementara itu, Oksana turut berkongsi nama penuh anak mereka berdua iaitu Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Walaubagaimana pun, sehingga kini masih belum ada apa-apa berita rasmi yang mengesahkan laporan berhubung kelahiran ini. Sama-sama kita tunggu. Namun jika betul, merafak sembah tahniah GLAM ucapkan!
Jom kita saksikan gambar-gambar menarik Oksana ketika kehamilannya yang kini tular di laman-laman web sedunia yang turut seperti mana dikongsi di laman Instagram @rihanapetra.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

