8 Wanita Paling ‘STYLISH’ 2022, dari Doja Cat, Rihanna ke Taylor Russell - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
8 Wanita Paling ‘STYLISH’ 2022, dari Doja Cat, Rihanna ke Taylor Russell

8 Wanita Paling ‘STYLISH’ 2022, dari Doja Cat, Rihanna ke Taylor Russell

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

TAYLOR RUSSELL

One of the best styles this year. Pelakon baru, Taylor Russell mula mencuri perhatian selepas berlakon filem ‘The Bones and All’ dan melangkah permaidani merah Festival Filem Venice 2022. Menyarung gaun Balenciaga hijau dari koleksi Haute Couture musim luruh 2022, dia segera menarik perhatian pecinta fesyen dan media sosial, menggelarnya ‘breakout style star’. Sejak itu, Russell terus membuktikan mengapa dia menjadi muse semasa fesyen. Busana yang dipakai Russell itu sendiri yang menonjolkannya kerana cara dia memakainya. Pelakon tersebut membuktikan keanggunan dalam kesederhanaan dan menguasai the art of chicness. Cuba imbas kembali penampilan terakhirnya di Festival Filem Venice 2022, yang mana muncul dengan gaun Ralph Lauren hitam tanpa lengan yang klasik. Banyak lagi momen fesyen Russell yang kami suka, antaranya dalam Prada, Schiaparelli dan Alexander McQueen. 

ANA DE ARMAS

Ana de Armas sedang berada di puncak untuk menjadi salah seorang pelakon wanita terbaik generasi ini. Daripada membintangi filem aksi hinggalah memegang watak Marilyn Monroe, bintang James Bond itu berkembang menjadi salah seorang pelakon baru yang bijak bergaya. Pada sepanjang rangka promosi filem ‘Blonde’, Armas tampil dalam pelbagai gaya yang cukup gemilang. Antara penampilannya yang terbaik tahun ini adalah di Festival Filem Venice, menyarung gaun satin Louis Vuitton yang mengambil inspirasi dari fesyen ikonik Marilyn Monroe. Tribute fesyen untuk Monroe ternyata berhasil, namun diserlahkan dengan sentuhan moden. 

See also
Koleksi Jam Tangan Pintar Oleh Emporio Armani x Shawn Mendes

ANNE HATHAWAY

Hathaway adalah salah seorang selebriti wanita yang sentiasa kelihatan anggun dan chic (walaupun hanya memakai kemeja dan seluar jeans). Dan tahun ini, Hathaway kembali bersinar dan namanya menjadi sebutan. Ia bermula sewaktu Hathaway membuat penampilan istimewa di Festival Filem Cannes 2022-mempromosi filem terbarunya ‘Armageddon Time’.Hathaway cukup memukau dalam variasi rekaan high end, seperti Valentino, Gucci, Armani dan Louis Vuitton. Stailnya sederhana, namun ada ‘substance’ dan aura tersendiri. Tambahan lagi, Hathaway juga menjadi tetamu utama minggu fesyen, dirakam duduk di sebelah Anna Wintour dan Lisa BlackPink di pementasan koleksi barang kemas Bulgari. Realitinya, Hathaway sememangnya bintang fesyen oleh kebanyakan orang. 

MICHELLE YEOH

The year of Michelle Yeoh. Michelle Yeoh memiliki segalanya sepanjang 2022. Dia bakal muncul dalam siri TV baharu, beberapa filem utamanya bakal ditayangkan (termasuk sekuel Avatar yang dinanti-nantikan), menghiasi barisan hadapan di Balenciaga dan Schiaparelli semasa minggu fesyen Paris. Dan kecemerlangan lakonannya dalam Everything Everywhere All at Once, di samping itu stail red carpet-nya kembali mencuri perhatian. Yeoh melangkah keluar dari zon selesa gayanya, yang mana diperhatikan kerap memilih busana yang extra dalam pilihan multi warna. Mengurasi desain aksesori yang inovatif dan penuh statement di panggung fesyen pada sepanjang 2022. 

See also
Pakar Kecantikan Serba Boleh, Medi Beaute

wanita

Artikel berkaitan: Eva Celia dari Jakarta, ‘GIRL-CRUSH’ Baru GLAM!