5 Beg Tangan untuk Serlah Gaya ‘SUMMER BREAK’ - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
5 Beg Tangan untuk Serlah Gaya ‘SUMMER BREAK’

5 Beg Tangan untuk Serlah Gaya ‘SUMMER BREAK’

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

PRADA

Dengan material rafia empuk ringan untuk menambah kenyamanan, beg rafia Prada ini yang dihiasi logo Prada ini memberi tampilan stylish. Pola gaya beg ditingkat dengan kontra antara logo dan rafia yang dilengkapi pemegang beg yang mudah bawa. Ia bertindak sebagai pengganti beg tote. Kecirian beg ini nyata memberi nuansa summer holiday. Apalagi kini ia mula menjadi trend, lantas dijadikan ‘staple’ gaya untuk percutian musim panas.

VALENTINO GARAVANI

 5 Beg Tangan untuk Serlah Gaya ‘SUMMER BREAK’

Beg tangan ini merupakan salah satu aksesori penting dari koleksi Valentino Escape 2023. Beg tangan dengan desain yang klaik dan punya gancu logo ‘V’ ini memiliki cetakan leopard yang dapat disesuaikan dengan selera anda, khususnya jika anda menyukai gaya yang lebih mencolok dan trendy. Dilengkapi dengan tali beg yang kukuh, membolehkan anda untuk menyilangkan pada bahu. Bertambah mudah aktiviti bepergian nanti.

DIOR

Beg bercorak Dior yang berbahan kulit ini sesuai untuk tampilan klasik yang sederhana namun elegan, dilengkapi dengan tali beg dan cetakan seni sebagai sentuhan akhir yang indah. Sesuai benar buat wanita yang akan melancong ke destinasi-destinasi kota fesyen, misalnya Rom, Paris atau Amsterdam. Jangan lupa untuk rakam gambar OOTD bersama beg Dior ini, sebagai kenangan manis untuk masa akan datang. 

See also
Dedikasi Krismas 2020, "Tunnel of Joys"

Artikel berkaitan: Bra untuk Semua Acara Rekaan Victoria’s Secret