Trend Solekan Clean, Fresh Dominasi Minggu Fesyen Paris Spring/Summer 2026 - Glam Malaysia
Trend Solekan Clean, Fresh Dominasi Minggu Fesyen Paris SpringSummer 2026

Trend Solekan Clean, Fresh Dominasi Minggu Fesyen Paris Spring/Summer 2026

Hanya minimalis, clean dan fresh menjadi tunggak utama di pentas utama Minggu Fesyen Paris untuk musim panas/bunga 2026.

Minggu Fesyen Paris 2026 akhirnya melabuh tirainya dengan peragaan gemilang oleh Matthieu Blazy untuk Chanel.  Musim ini bermulalah Direktor Kreatif dari rumah fesyen masing-masing bertukar tangan. GLAM tertarik dengan trend kecantikan di Minggu Fesyen Paris yang rata-ratanya tampil dengan rias solekan ringkas, minimalis dan segar! Landasan Spring/Summer 2026 mempamerkan pendekatan baharu terhadap kecantikan, GLAM yakin Direktor Kreatif masing-masing mungkin ingin menampakkan penggayaan setiap adi busana lebih menyerlah berbanding solekan namun, inilah realiti setiap wanita, kita hanya tampil  bersahaja tanpa rias solekan atau dandanan yang beriya!

Dari persembahan Chanel oleh Matthieu Blazy, kita melihat hanya solekan tipis yang mengembalikan kod klasik dan elegan rumah fesyen yang bersejarah ini. Di landasan Dior oleh Jonathan Anderson, kita melihat ilham rambut yang santai.  Hermès pula mengambil semangat itu selangkah lebih jauh, membenarkan model-modelnya melangkah ke landasan dengan gelombang rambut yang kusut mengingatkan semangat bebas akar ekuestriannya.

See also
Bolehkah Scalp Massager Membantu Pertumbuhan Rambut?

 

1. EFEK SUN-KISSED

Kulit bersinar di pentas PFW mencetus  interpretasi Rabanne terhadap tren perona pipi sunburn. Sementara Isabel Marant dan Balmain condong kepada glamor dewi berkulit sawo matang, Rabanne mengambil pendekatan lebih lembut dengan sentuhan pigmen merah jambu di bahagian hidung dan pipi model untuk penampilan sun-kissed yang sempurna.

Rabanne

Rabanne, Gambar oleh Victor VIRGILE/Gamma-Rapho Getty Images

Isabel Marant

Isabel Marant

2. COMBED-BACK WET

Di Loewe, model-model melangkah di landasan dengan gaya rambut yang menonjolkan tenaga bercahaya jenama ini musim ini. Rambut disisir licin ke belakang di bahagian atas kepala, gambaran langsung Jack McCollough dan Lazaro Hernandez untuk koleksi tersebut. Bertentangan dengan kalis mata yang tebal dan gelap, rambut ini menggariskan bahasa visual elemental duo tersebut.

Loewe

Loewe, Gambar oleh Peter White/Getty Images

Courrèges

Courrèges, Gambar oleh Peter White/Getty Images

Giambattista Valli

Giambattista Valli oleh Getty Images

3. RAMBUT WINDSWEPT

Ilham rambut yang mudah di Miu Miu, di mana model-model memaparkan ilham perm kusut dan volum di era 80-an. Di Celine, gelombang kusut dan mengembang diselitkan secara santai ke dalam jaket.

Miu Miu

Miu Miu

Celine

Celine

4. KONTUR SEGAR

Di Chanel, model-model berjalan di landasan dengan tujuan yang jelas untuk mempamerkan alam semesta Chanel, dilihat melalui mata Blazy, ilham solekan bibir dibiarkan tanpa warna dan rambut dibiarkan kusut (sekusut mana yang boleh di pertunjukan fesyen). Apa yang menghidupkan wajah model adalah sentuhan perona pipi yang sangat lembut. Warna pigmen yang hampir tidak kelihatan itu mengingatkan warna perona pipi hampir nude.

Chanel

Chanel

5. FUCHSIA BERKILAT

Di landasan Louis Vuitton, model-model memaparkan warna merah jambu cerah pada bibir. Mengambil inspirasi daripada koleksi itu sendiri, pilihan gincu adalah penghormatan yang senyap dan artistik kepada kebebasan sebenar yang datang dalam ruang peribadi. Berkilat dan mewah, ton fuchsia ini adalah ihsan La Beauté Louis Vuitton yang baru diperkenalkan dan artis solek terkenal Pat McGrath.

Louis Vuitton

Louis Vuitton

6. BIBIR LAKUER

Artis solek global Tom Ford, Lucy Bridge, mencipta penampilan bibir lakuer yang paling menakjubkan dalam warna merah gelap ini. Bibir merah di Paris, siapa sangka? Selepas kesunyian bibir di Milan, pereka Perancis mengembalikan bibir statement ke peta. Di Tom Ford, ia adalah lakuer merah-oren yang berani. Vaquera mengambil pendekatan klasik dengan merah tulen yang dibingkai oleh liner coklat gelap. Sementara itu, Chloé dan August Barron menggoncang keadaan dengan warna merah jambu bubblegum dan turquoise matte yang tidak dijangka.

TOM FORD

Gambar oleh Vittorio Zunino Celotto/Getty Images untuk Tom Ford Beauty

Artikel berkaitan Matthieu Blazy Cipta Sejarah Fesyen Dengan Debut Koleksi Chanel SS26

See also
Demam Solekan ‘EUPHORIA’ Di Pentas AJL 36

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan