Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Baru-baru ini, saya terpanggil untuk melakukan reviu khas untuk rawatan Diamond Feel Forte dan DermalSign E+ di sebuah klinik estetik, Regalion Klinik, Metro Kepong. Rawatan ini memakan masa lebih tiga bulan iaitu tiga hingga empat sesi dengan selang dua minggu. dan mempunyai empat sesi berbeza selang dua minggu. Sebelum mulakan rawatan, wajah dikaji terlebih dahulu dan kulit wajah tidak sekata dan mempunyai sedikit pigmentasi. Benarlah, beauty is pain! Sebelum proses rawatan dijalankan, Dr. Faizal cukup tenang dalam memberi informasi mengenai kegunaan Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ dan membuat konsultasi mengenai dua program ini samada solusi digabungkan atau berbeza sesi.

Kulit wajah saya sering mempunyai masalah kering, tona tidak sekata dan kusam. Yelah, wajah penat dan sering berdepan dengan laptop membuatkan kulit makin hari, makin tidak bermaya. Pada mulanya, saya agak takut dan berdebar untuk melakukan rawatan ini kerana wajah belum pernah melakukan rawatan suntikan agak premium bagi saya. Tetapi, Dr. Faizal pandai menyakinkan saya dengan hanya percayakan dirinya untuk melakukan rawatan Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+.

 

Sesi pertama, kulit wajah akan disapukan numb cream selama 30minit bagi memastikan keseluruhan wajah terasa kebas dan tidak akan sakit apabila disuntik. Solusi Diamond Feel Forte melengkapi sesi pertama saya bersama Dr. Faizal, setiap suntikan halus hanya terasa seperti digigit semut ini fokus kepada area T-zone dan bahagian yang gelap dan kusam. Setelah habis sesi pertama, saya direhatkan selama 2 minggu untuk sambungan ke sesi seterusnya.

 

Pada sesi yang ketiga, Dr. Faizal memilih Dermal Sign E+ ramuannya agak berbeza berbanding Diamond Feel Forte kerana mengandungi AA2G (kesan antioksidan Vitamin C stabil). Proses rawatan seperti biasa dan kali ini sewaktu disuntik solusinya agak sakit tetapi masih boleh bertahan. Tetapi hasilnya selepas dua minggu, kulit wajah saya semakin bersinar dan cerah. Setelah lengkap, saya bersama program empat sesi bersama Dr. Faizal di Klinik Regalion, Metro Kepong, saya boleh rumuskan kulit wajah makin cerah dan tiada kesan pori tersumbat, kulit semakin licin, bersinar. Saya kini semakin yakin dengan transformasi wajah baharu.