Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Apa itu Diamond Feel Forte

Mengandungi 67 bahan aktif yang menjadikannya penyelesaian mutlak bagi masalah kulit. Ia memberikan kesan paling optimum untuk menambah pelembapan dan menghilangkan garis-garis halus dengan menggunakan asid hialuronik ikatan silang separa. Kesan parut disembuhkan dengan menggunakan ektrak sel tunjang tumbuhan dan Polideoksiribonukleotida (PDRN), iaitu DNA diekstrak daripada ikan salmon yang boleh mempercepat proses penyembuhan kulit. Keadaan kulit ditambah baik dengan menggunakan booster kolagen menerusi faktor-faktor pertumbuhan, peptida dan asid amino. Kajian klinikal menunjukkan penggunaan Diamond Feel Forte meningkatkan pengeluaran kolagen sehingga 256% dan dapat memberi kesan penyembuhan sehingga 78% selepas tiga hari rawatan pertama, dan menambah pelembangan sehingga 215%, mengurangkan faktor-faktor keradangan sehingga 53% dan mengekang faktor-faktor penuaan sehingga 71.6% selepas enam hari rawatan pertama. Dengan tiga hingga empat sesi rawatan, kulit akan tambah berseri seperti berlian.

 

Apa itu Dermal Sign E+

Rumusan intensif berasaskan asid hialuronik ikatan silang separa yang membantu memberi kesan pencerahan luar biasa dan kekal lama bagi mereka yang mendambakan wajah lebih cerah dan kulit tanpa pigmen. Produk ini mengandungi tiga kali ganda bahan-bahan pencerahan seperti gltathion (sejenis bahan larut air), asid traneksamik (bahan pencerahan yang kebanyakannya digunakan dalam ubat untuk rawatan pigmentasi) dan AA2G (kesan antioksidan Vitamin C stabil). Data klinikal menunjukkan bahawa Dermal Sign E+ membantu mengurangkan pengeluaran melanin (pigmentasi) dengan lebih baik daripada Arbutin (bahan kosmetik yang memudarkan hiperpigmentasi) dalam ujian kesan pencerahan. Dermal Sign E+ mengurangkan angka tirosinase sehingga 59.5% selepas rawatan pertama. Oleh sebab tirosinase bertanggungjawab terhadap langkah pertama dalam pengeluaran melanin, pengurangannya dapat mengurangkan kemunculan bintik-bintik gelap (pigmentasi, melasma, kloasma).

See also
Impikan Badan Supermodel