Raikan Hari Wanita Sedunia Di ZALORA Beauty Festival
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSembang Cantik GLAM Bersama Nana Law (nanabwincess), Influencer

Bagaimana platform e-dagang seperti ZALORA mempengaruhi kandungan fesyen dan kecantikan anda sebagai bintang media sosial tempatan?
Seperti media sosial, e-dagang juga merupakan satu platform yang sangat terkenal dalam kalangan konsumer. Anda akan mengetahui perkembangan terkini dengan cepat dan paling penting senang untuk beli-belah produk terbaru atau membaca reviu dari pembeli. Jika untuk produk kecantikan pula ianya adalah esential. Saya kagum dengan ZALORA yang semakin berkembang dalam mengumpulkan barisan jenama kecantikan terkenal. Senanglah untuk saya menambah dalam ruang cart sambil membeli barangan fesyen. Super convenient!
Anda mempunyai kulit wajah yang sangat flawless. Apakah rutin kecantikan dan rahsia anda mengekalkannya?
Regime kecantikan saya agak normal. Pada waktu pagi, saya akan membersih wajah dengan air, dan diikuti toner, serum, pelembap dan krim sinaran UV. Waktu malam pula saya akan mencuci mekap. Ingat walaupun anda hanya memakai krim sinaran UV seeloknya dibersihkan juga dan jangan lupa masker wajah, akhir sekali lindungi wajah dengan krim malam. Tiada rahsia dalam rutin saya, kunci utama hanyalah konsisten.
Apakah produk pilihan anda yang ingin dimiliki dari Zalora Beauty Festival?
Produk pilihan saya dari ZALORA Beauty Festival adalah set penjagaan rambut Aveda, The Ordinary Hyaluronic Acid serum, The RAW Arbutin serum dan Sulwhasoo First Care serum.
Apakah pendapat anda mengenai bintang media sosial atau KOL memberi kesan terhadap dunia fesyen dan kecantikan di Malaysia?
Dunia realitinya media sosial sangat tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan harian kita. Sebagai seseorang yang bergelar bintang media sosial, kehadiran mereka lebih berleluasa. Bagi saya adanya KOL ini bukan sahaja memberi input berguna di media sosial malah perhubungan itu seperti seorang kawan yang ingin membantu terutama untuk pengikutnya
Bagaimana pula dengan penjagaan diri, apa yang anda lakukan untuk memastikan diri sentiasa terjaga?
Cara penjagaan diri adalah bermula dari cara kita berfikir. Bagi saya, self-care adalah sesuai yang kita praktis setiap hari seperti punya rutin penjagaan kulit wajah, buat aktiviti senaman, tidak tinggal secawan kopi dan bergaya cantik. Semuanya yang kita lakukan setiap hari tanpa gagal.
Pendapat anda mengenai tip kecantikan yang tidak patut dibiarkan dan seharusnya dipraktikkan?
Cuci wajah sebersih yang boleh dan guna produk sesuai dengan jenis kulit anda dan bukanlah ikut trend semasa. Jangan lupa baca reviu terlebih dahulu.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
