Raikan Hari Wanita Sedunia Di ZALORA Beauty Festival - Page 2 of 7 - Glam Malaysia

Raikan Hari Wanita Sedunia Di ZALORA Beauty Festival

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sembang Cantik GLAM Bersama Venice Min, Influencer

Bagaimana platform e-dagang seperti ZALORA mempengaruhi kandungan fesyen dan kecantikan anda sebagai bintang media sosial tempatan?

Sangat membantu untuk akses ke setiap kategori samada fesyen dan kecantikan. Bagi saya platform e-dagang seperti ZALORA ini juga memudahkan pengguna kerana apa sahaja produk terbaru di pasaran boleh dibeli dengan cepat efisien. Malah, saya juga sangat menggemari bagaimana ZALORA menampilkan ilham kempen versatil dan ianya sumber inspirasi saya.

Apakah rutin kecantikan dan penjagaan kulit anda?

Untuk memiliki kulit sihat dan bersinar. Saya konsisten dengan pilihan produk pelembap wajah dan exfoliate kulit 3 hingga 4 kali seminggu. Urutan wajah juga kerap dilakukan ini membantu mengekalkan kesegaran kulit wajah. Jangan memupur wajah. Saya pilih dua jenis iaitu Clay Mask untuk detoks dan Moisturizing Mask. 

Apakah produk pilihan anda yang ingin dimiliki dari ZALORA Beauty Festival?

Boleh tak saya tidak memilihnya kerana semuanya saya gemar! Tetapi jika harus dipilih, OGAWA Eye Mask, Hugo Boss Bottled EDP, Laneige Water Sleeping Mask dan Benefit Brow merupakan pilihan saya. 

See also
Cetus Evolusi Seni Dandanan Rambut

Adakah anda sering bersolek mengikut kesesuaian majlis atau karakter tertentu?

Ya! Saya sangat gemar tukar warna lipstik dan pembayang mata. Stail rambut juga memainkan peranan penting kerana ia mampu memberi mood untuk sesetengah gaya yang ingin ditampilkan.

Bagaimana pula dengan penjagaan diri, apa yang anda lakukan untuk memastikan diri sentiasa terjaga?

Self-care bagi saya adalah mempunyai gaya hidup yang seimbang. Semakin kita membesar, semakin lama kita belajar akan bagaimana untuk menjaga diri dengan lebih baik. Memanjakan diri, mengawal pengambilan makanan seimbang serta menjaga kulit wajah, rambut dan tubuh badan adalah tanggungjawab wajib untuk setiap wanita atau lelaki. Untuk diri saya, saya akan mengawal pemakanan dan diet seimbang dan sekali-sekala akan menenangkan diri daripada stress dengan berkunjung ke spa kecantikan.

Pendapat anda mengenai tip kecantikan yang tidak patut dibiarkan dan seharusnya dipraktikkan?

Bagi saya, tip kecantikan yang tidak patut dibiarkan adalah jangan lupa pelembap wajah! Kurangnya kelembapan pada kulit wajah maka terdedahlah ia kepada masalah kulit seperti kering, berminyak malah lebih sensitif.

See also
Make Up For Ever Berkolaborasi Bersama Jessie J