Mira Filzah Cantik Persis Gadis Korea - Glam Malaysia

Mira Filzah Cantik Persis Gadis Korea

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

‘Baby Face’ Mira Filzah ternyata buat kita tidak jemu memandangnya! Dalam diam dia punya rahsia kecantikan tersendiri dalam rejuvenasi kulit wajah.

Aktres kesayangan ramai yang juga wajah sampul GLAM edisi Mac 2020 terus mekar dalam industri hiburan. Walaupun kini bergelar isteri tidak halang untuk dia kembali beraksi sebagai pelakon. Kata Mira, walaupun sibuk dengan kerja dia tidak pernah tinggal rutin kecantikannya yang diamalkan sejak zaman remaja. 

Tidak terhenti di situ, kejayaan demi kejayaan Mira Filzah kini menapakkan dirinya dalam bidang perniagaan. Bergelar sebagai usahawan kecantikan ibarat impiannya menjadi kenyataan. Lunaskinz.my adalah jenama kecantikan milik Mira Filzah mula diperkenalkan sekitar November 2019.  Menarik mengenai Luna adalah sebuah jenama yang bawakan produk supplement kecantikan siang dan malam. Bertindak sebagai mencerahkan kulit dan membaikpulih kulit bermasalah. Hadir dengan intipati kaya dengan nutrisi dan sesuai untuk kegunaan harian.