Moom Health, Suplemen Revolusioner Terkini Untuk Wanita Moden - Glam Malaysia
Moom

Moom Health, Suplemen Revolusioner Terkini Untuk Wanita Moden

Buat anda yang mahukan suplemen tambahan, anda boleh cuba dekati jenama asal Singapura, Moom Health, yang mula menjejakkan kakinya ke Malaysia! 

Kisah Moom Health

Moom

Diasaskan pada Jun 2021 oleh dua usahawan adik-beradik, Mili dan Maya Kale, Moom Health telah dicipta bagi mengisi kelompangan dalam pasaran ubat-ubatan semula jadi dan holistik, selepas adik-beradik itu mengalami kekecewaan akibat daripada ketiadaan pilihan dalam menyelesaikan masalah perubatan yang dihadapi mereka. 

Pada usia 15 tahun, Maya telah didiagnosis dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan bergelut selama bertahun-tahun bagi mencari cara untuk merawat gejala selain daripada kerap menggunakan pilperancang kelahiran. Manakala Mili pula ketika berusia 28 tahun, dia sering mengalami masalah jerawat akibatketidakseimbangan hormon dan telah diberikan rawatan retinoid yang menyebabkanbeberapa kesan sampingan yang teruk.

Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kaedah rawatan tradisional, maka selepas bertahun-tahun menghidap kesan sampingan yang tidak diingini daripada ubat-ubatan moden, mereka akhirnya memutuskan untuk mengumpulkan satu pasukan pakar bagi menghasilkan penyelesaian kesihatan semula jadi. Pasukan penasihat yang menerajui proses formulasi, pengesyoran dan kandungan pendidikan itu terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang kesihatan dan perubatan, terutamanya kesihatan wanita. 

See also
Sisley Melengkapi Barisan Megah Phyto-Blanc

Ianya membolehkan Moom menghasilkan produk yang disokong dan dirumus oleh pakar bagi menangani sesuatu masalah itu pada terasnya dengan menggunakan bahan semula jadi, yang telah diuji oleh pihak ketiga, dipatenkan dan berunsur organik.

Dua Suplemen Signatur: de/bloat dan sleep/well

Mengandungi 7 herba dan 2 enzim penghadaman berasaskan buah, de/bloat berfungsi untuk melegakan masalah kembung perut, ketidakselesaan penghadaman, dan ketidakcernaan di bawah 60 minit–menyasarkan bakteria usus dan memfokuskan kepada melegakan saluran penghadaman secara semula jadi.

Manakala sleep/well mengandungi herba, asid amino, dan melatonin dos rendah yang 100% semula jadi-iamembantu wanita tidur lebih nyenyak, bangun dengan lebih segar, dan menggalakkan tubuhmenghasilkan lebih banyak melatonin secara semula jadi untuk pengawalan kitaran tiduryang lebih baik. Namun rangkaian suplemen fungsian Moom itu hanyalah permulaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Moom Health, Mili dan Maya Kale, serta penyelidikan bahan yang disokong oleh pakar jenama itu, kunjungi www.moom.health atau lawat Instagram mereka. Selain itu, anda juga boleh sertai Pameran mereka di sekitar Kuala Lumpur!

See also
7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki

 

Pautan Berkaitan: Runway-Ready Skin Bersama Sunday Riley di NYFW A/W23