Manjakan Wajah Secara Personalisasi Pertama Dunia
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSemestinya anda mahukan hasil kulit cantik secepat yang mungkin. Konsep ‘Personalised Beauty’ yang diperkenalkan oleh Skin Inc raih perhatian dunia.
Apabila teknologi dan sains mendahului kehidupan duniawi, maka wujudlah konsep Rebooting Beauty yang cukup mengagumkan. Kini, masa depan dalam penjagaan kulit wajah terletak pada diri anda sendiri, anda yang mencorakkannya.

Kehadiran Skin Inc ini meraih perhatian dunia termasuklah barisan A-list yang turut tergila-gila akan kecanggihan produk dan alatan kecantikan dari Skin Inc. Jenama dari Singapura ini mula diperkenalkan pada tahun 2018 oleh Sabrina Tan dikatakan ada kunci rahsia setiap masalah kulit anda. Menurutnya, selepas kegagalan dia mencari solusi di pasaran terhadap masalah kulitnya yang sensitif dan jenis ekzema, buatkan dia bersama ahli saintis mencipta satu solusi masalah kulit secara maya melalui Artificial Intelligence (AI) untuk customise produk terbaik mengikut kesesuaian kulit secara cepat.

Barisan selebriti atau Beauty Influencer terkenal yang cukup menggilai produk ini seperti Jamie Chung, Son Ye-Jin dan Chriselle Lim. Kali pertama Skin Inc dilancarkan saat memperkenalkan barisan customized cocktail serum yang terkandung lebih 10 bahan aktif. Sehingga hari ini ia sudahpun menghasilkan lebih 60 formulasi, alatan penuh inovasi. Termasuklah Maskliner untuk mengelakkan masalah Maskne. Tidak lupa hero products seperti My Daily Dose Serum dan peranti Optimizer Voyage Tri-Light LED.

Tingkatkan rutin malam bersama Custom Recovery Sleep Mask iaitu pertama di dunia dengan beri kelembapan secara 24 jam dan selaras dengan reaksi badan pada waktu malam. Caranya mudah untuk anda kenali apakah sesuai, dengan jawab kuiz SKIN ID untuk memudahkan proses mengenali masalah kulit anda.

Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
