ELEMIS London Kini Berada Di Malaysia - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

ELEMIS London Kini Berada Di Malaysia

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
Global President dan Pengasas Bersama, Noella Gabriel.

Pandangan anda mengenai trend kecantikan 2021?

Salah satu trend yang kerap didengari sepanjang tahun 2021 adalah kulit microflora. Di ELEMIS, kami sedaya-upaya melindungi masalah kulit microflora kerana sudah menjadi keutamaan di ELEMIS. Kesihatan kulit itu merupakan esensi dan barisan produk di ELEMIS bertindak sebagai memberi pelindungan efektif selain memberi penegasan sihat terhadap acid mantle.

RUANG DALAMAN BUTIK CUKUP EKSKLUSIF

Barisan produk di ELEMIS paling laris?

Our Pro-Collage Marine Cream is a global best-seller. Setiap ramuan terkandung seperti Marine Algae Complex adalah ramuan utama untuk formula Pro-Collagen. Setiap proses dihasilkan secara manual dengan mengambilnya di Pantai Mediterranean. Daun rumpai laut ini berupaya meninggalkan kesan anjal dan berguna untuk kulit wajah. Marine Algae Complexes dapat gelaran sebagai “The Crown Jewels of the Sea” kerana bertindak sumber tambahan dalam memberi nutrisi, vitamin dan anti-oksida. Tidak ketinggalan polysaccharides dan amino fatty acids yang melindungi kulit wajah secara menyeluruh.

ELEMIS PRO-COLLAGEN MARINE CREAM

Apakah ‘Golden Rule’ anda tentang masalah penuaan?

See also
Kulit Secantik Cleopatra Bersama ULTIMUNE

Paling penting untuk saya adalah untuk kelihatan elegan dan kulit bersinar. Saya akan membuat rutin berenang untuk lima kali seminggu pada belah pagi. I’m an early bird! Tambahan, saya akan lakukan senaman atau regangan otot untuk dua jam setiap minggu. Setiap rutin ini sangat penting untuk kekal sihat malah sesuai dengan usia saya.

Apakah rutin cantik anda?

Hanyalah ringkas. Saya akan mulakan dengan sapuan minyak ELEMIS Frangipani Monoi Body Oil pada tubuh badan sebelum mandi. Tip ini sesuai untuk mengekalkan badan ton dan anjal. Saya gemar akan teknik double cleanse dan gabungkan dua jenis pembersih iaitu oil-based cleanser dan treatment cleanser. Tidak ketinggalan facial oil untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Krim yang kaya dengan nutrisi dan krim tabir suria tidak pernah lupa! Walaupun cuaca di kota London agak mendung.

Apakah empat produk penjagaan kulit wajah paling penting untuk anda?

Pro-Collagen Cleansing Balm, Dynamic Resurfacing Facial Pads, Superfood Facial Oil dan Pro-Collage Marine Cream

See also
Kulit Bebas Cela Walaupun Berada Di Rumah

Bagaimana anda memenuhi kehendak untuk pelbagai jenis kulit di setiap seantero dunia?

Kami telah mempelopori penggunaan bahan semula jadi dalam formulasi yang sangat transformatif selama lebih dari 30 tahun dan mengutamakan keselamatan dan keberkesanan berbanding trend. Walaupun ramuan semula jadi, seperti retinol, dapat menjadi perengsa bagi beberapa orang, kita beralih ke sains untuk merancang alternatif yang serupa atau semula jadi. Melindungi mikroflora kulit tetap menjadi teras mandat inovasi kami dan bagaimana kami dapat memenuhi pelbagai keperluan kulit secara global.

ELEMIS PRO-COLLAGEN CLEANSING BALM
ELEMIS SUPERFOOD FACIAL OIL