Angèle Wajah Versatil Terbaru - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Angèle Wajah Versatil Terbaru

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah memori kegemaran bersama Chanel?

Kala mendaki titian tangga di Festival Filem Cannes 2019 tanpa rasa sangsi. Itulah kali pertama saya menyarung sepersalinan gaun Chanel Haute Couture. Pada mulanya saya akan kekok saat ingin menjejak kaki namun secara tidak langsung perasaan itu hilang saat melangkah ke permaidani merah dan ianya cukup mengujakan.

Chanel telah memilih anda sebagai wajah kempen kecantikan fokus kepada mata. Anda juga dipilih secara duta fesyen. Apakah hubungan yang terjalin antara anda dan Chanel, bagaimana ia bermula?

Saya sangat bertuah kerana dapat bekerjasama bersama rumah Chanel selama 2 tahun dan kini sebagai wajah cantik untuk kempen mata buat saya sangat teruja. Sebagai eyeliner enthusiast, saya sendiri tidak menjangka apabila nama dipetik. Cukup bangga.

Bilakah kali pertama anda bersolek? Siapakah yang memperkenalkan kepada anda dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan?

Salah seorang sahabat saya yang perkenalkan sewaktu zaman remaja. Ketika itu saya melawatnya di London dan kami sibuk bermain alat solek. Tetapi apabila terfikir kembali, sebenarnya waktu itu kami tidak pasti apa yang kami buat!.

See also
Atlet Wanita Kekal Cantik

Pilihan warna STYLO YEUX WATERPROOF yang manakah menjadi kegemaran anda?

I love them all! Saya akan gunakan Chanel STYLO YEUX WATERPROOF kod warna Noir Intense jika saya ingin mata lebih galak manakala solekan harian pula saya senang menggunakan kod warna Bru Agape untuk gaya lebih lembut.

7 PILIHAN WARNA BARU STYLO YEUX WATERPROOF UNTUK KEMPEN EYE MAKEUP COLLECTION 2021

Kenapa anda gemar bersolek?

Bergantung pada hari. Tetapi jika memerlukan saya untuk bersolek sebenarnya ia sebagai satu tanda baik kerana maksudnya saya ingin tampak cantik dan bersinar. I can still feel beautiful when I don’t have makeup on, of course, but with the pandemic it’s cool to change things up sometimes, to have fun. Percayalah, solekan mata akan menggubah penampilan dengan sekelip mata.

Apakah tip solekan terbaik pernah anda miliki?

Keep your eyes open when you’re putting on eyeliner. Setiap orang memiliki kelopak mata berbeza rupa dan ianya akan menggubah bentuk mata hanya sekilas pandang. Tip saya adalah lukis garisan sambil mata terbuka dan barulah melengkapkannya dengan sempurna.

DUA RONA BARU UNTUK BARISAN CHANEL LES 4 OMBRES

Koleksi lengkap LE STYLO YEUX WATERPROOF dan LES 4 OMBRES akan berada di setiap gedung kecantikan Chanel dan juga kaunter kecantikan Chanel pada 1 Julai 2021. Malah anda juga boleh membeli secara dalam talian melalui servis penghantaran ke rumah.

See also
GLAM Pick: Koleksi Standout Paris Fashion Week S/S 2019

Artikel berkaitan Inspirasi Solekan Daripada Bunga Taruhan Chanel