Kening Terbentuk: Ini Tip dan Saranan Berkesan

Kening Terbentuk, Ini Tip dan Saranannya

Kening adalah bahagian penting dalam membingkaikan wajah, cara anda membentuk kening besar efeknya pada solekan kerana ia punya kuasa yang menentukan rupa raut muka; anda boleh nampak garang, lembut, kasar, manis dan macam-macam lagi. Gaya riasan kening terbentuk antara yang dilihat sering bertukar ganti, berepisod-episod lamanya. 

Jika ramai lelaki seakan rimas dengan rambut panjang, ada sesetengah perempuan pula resah-gelisah melihat kening semakin tebal dan kalau boleh ingin bentukkan kembali kening mereka secepat yang mungkin. Walaupun boleh dibuat sendiri, ramai juga yang senang dengan cara mencantas kening menggunakan benang (threading). 

Hari ini ‘sabun kening’ atau soap -brows sudah jadi produk wajib ada dalam kebanyakan jurusolek, dan ramai wanita yang obses membeli maskara jernih yang mana mereka akan asyik memberus kening, ditarik-tarik ke atas agar ‘berdiri’ sehelai-helai. 

Anastasia Beverly Hills Brow Wiz

Cara Menjaga Kening Terbentuk

1. Tunggu 12 hingga 16 Minggu

Jikalau anda berhasrat mahu membentuk semula kening, sila tunggu sekurang-kurangnya 12 minggu supaya kening anda tumbuh. anda perlu sabar dan tunggu!

See also
Nicola Peltz Beckham Bukti Kening Nipis Masih Trend

Bergantung pada seberapa sihat folikel rambut alis anda, diperlukan tiga ke empat bulan untuk melihat potensi pertumbuhan rambut anda sepenuhnya. Apabila bulu kening sudah tumbuh ke bentuk sebelumnya (asal), bolehlah anda membentuk kening dalam gaya yang sedikit berbeza.

Biasanya pakar kening tahu bagaimana mendapatkan bentuk kening yang anda suka (tapi biarlah sesuai dengan keadaan kening).

2. Gunakan Serum Kening

Kening Terbentuk, Ini Tip dan Saranannya

BENEFIT BROWVO! Conditioning Eyebrow Prime

Seandainya anda ingin mempercepatkan pertumbuhan bulu kening,  anda Boleh cuba cuba gunakan serum. Urut dengan lembut tulang alis selama 30 saat.

Benefit punya produk yang dicipta untuk melebatkan kening, dinamakan sebagai BROWVO! Conditioning Eyebrow Primer, ia bertindak Merapi dan melembutkan kening. Ia mengandungi keratin dan protein soya yang bagus untuk kening.

Hujung aplikator yang diperbuat daripada nodul kecil yang digunakan untuk mengurut kawasan alis, melancarkan pergerakan aliran darah ke saluran yang dapat mendorong pertumbuhan rambut. Anda boleh gunakan begitu sahaja atau dijadikan primer sebelum merias kening. 

3. Trim Boleh, Cabut Jangan

Andai kata anda berasa tidak selesa dengan bentuk kening dan tiada masa untuk pergi ke salon kening, anda trim sahaja di rumah tapi elakkan mencabutnya. Bimbang seandainya anda tidak mahir menyebabkan bentuk kening tidak sama atau terlalu nipis.

See also
Olfaktori Musim Bunga Jo Malone

Apa yang boleh anda lakukan ialah ambil gel alis jenis atau tekstur jernih dan sikat rambut alis ke atas, ke arah garis rambut dan keluar ke arah pelipis. Biarkan gel kering sepenuhnya sebelum memotong hujung rambut kening yang berlebihan untuk mendapatkan bentuk yang anda inginkan.

Ingat ya, kepanjangan tiap helai bulu kening tidak perlu sama kerana sebahagian kening yang panjang perlu untuk mengisi ruang yang tidak ditumbuhi bulu.

4. Gunakan Concealer

Nars Soft Matte Complete Concealer

Jika anda tiada masa ke salon dan tidak berani untuk membentuk kening sendiri di rumah, anda boleh gunakan penyamar noda atau concealer untuk melitupi bulu-bulu kening yang baru tumbuh. Atau anda boleh juga lebarkan sedikit bentuk kening dengan menggunakan pensel kening.

Kening Terbentuk, Ini Tip dan Saranannya

Chanel Stylo Sourcils Waterproof

Concealer dan pensel kening adalah dua gandingan sempurna untuk anda mendapatkan kening terbentuk tanpa perlu mencabutnya secara keterlaluan. 

Cara Tumbuh Kening Dengan Pantas

Ramai mahukan kening terbentuk tumbuh dengan pantas selepas proses threading atau waxing, jadi kami senaraikan beberapa cara untuk anda bantu pertumbuhannya:

  1. Makan makanan kaya nutrisi seperti Vitamin A, C, E, biotin dan asid folik. Nutrisi ini boleh didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, protein serta bijirin penuh.
  2. Guna minyak kastor pada kening untuk galakkan pertumbuhan. Sapu sedikit minyak kastor menggunakan berus gigi bersih atau kapas dan biarkan ia semalaman. Bersihkan kening anda pada waktu pagi.
  3. Minyak kelapa juga bagus untuk melembapkam kening dan menggalakkan pertumbuhan kening dengan baik. Sapu sedikit minyak kelapa pada kening terbentuk anda dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.
  4. Elak mencabut atau wax kening terlalu kerap kerana ini boleh merosakkan folikel kening dan melambatkan pertumbuhannya. Biarkan kening tumbuh secara semula jadi, barulah ia bersedia untuk dibentuk dengan baik.
See also
Losyen Ajaib Meremajakan Kulit Wajah

Teks Khairul Abidin

Artikel Berkaitan: 5 Serum Untuk Kulit Berminyak Agar Wajah Kekal Menawan