Related Stories
Lari Daripada Rutin Hujung Minggu? Ini Acara Larian Yang Berlangsung Minggu Ini
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioIngin mengisi hujung minggu dengan aktiviti sihat? Selain menikmati suasana KL Car Free Morning, terdapat pelbagai acara larian komuniti di sekitar Lembah Klang yang boleh anda sertai bersama rakan-rakan mahupun insan tersayang!
Daripada larian santai sambil menikmati secawan kopi hinggalah komuniti yang mengalu-alukan pelari baharu, kebanyakan acara ini adalah percuma dan hanya memerlukan anda hadir dengan sepasang kasut larian. Berikut enam acara larian yang berlangsung pada minggu ini!
Run With The Flow
Bersempena pelancaran minuman baharu Starbucks Aerocano, Starbucks bekerjasama dengan komuniti CIPHR Performance menganjurkan larian sosial sejauh 5KM. Selepas berlari, peserta boleh menikmati kopi percuma sambil beramah mesra dengan komuniti dan menikmati alunan muzik dari DJ Ziqq!
Tarikh dan waktu: 11 Julai 2026, 7.00 pagi
Lokasi: Starbucks Reserve, The Shoppes at Four Seasons Place
WMNS DVSN
Khas buat wanita, WMNS DVSN oleh komuniti BNWRC menghimpunkan larian sosial 5KM bersama NADA dan MOOM Health. Selain berlari, peserta turut dijemput menyertai sesi perbualan bermakna serta post-run coffee session. Sama ada anda seorang pelari berpengalaman atau baru ingin bermula, semua dialu-alukan.
Tarikh dan waktu: 11 Julai 2026, 7.00 pagi
Lokasi: Jaga Cafe, Taman Botani
Look Hot Run Cool
Satu larian komuniti 5KM yang diispirasikan oleh iklim tropika Malaysia sambil memgenali dengan lebih terperinci teknologi Nike’s Aero-Fit technology yang direka bagi membantu anda kekal sejuk dan selesa ketika berlari.
Tarikh dan waktu: 12 Julai 2026, 6.30 pagi
Lokasi: Thursdvy, TTDI
BOOM + KL Car Free Run
Bersempena KL Car Free Morning, BOOM Sport Club menganjurkan larian komuniti selama 45 hingga 60 minit. Peserta berpeluang menikmati diskaun 35% untuk kopi di Black Coffee selepas larian serta pelbagai hadiah menarik daripada ATF Sport Taping. Acara ini turut disokong oleh Prudential BSN Takaful.
Tarikh dan waktu: 12 Julai 2026, 6.45 pagi
Lokasi: Black Coffee, MRT Ampang Park
Social Run
Hybrid Movement bersama YingBee BN menganjurkan larian komuniti yang terbuka kepada semua, sama ada pelari baharu mahupun berpengalaman. 250 pendaftar terawal akan menerima air kelapa CocoXim dan hadiah eksklusif daripada Outside. Jangan lupa hadir dengan kod pakaian serba putih!
Tarikh dan waktu: 12 Julai 2026, 6 pagi
Lokasi: Hybrid Movement
MILO Breakfast Run
Mulakan pagi hujung minggu dengan larian santai sejauh 5KM bersama MILO Run Haus atau MILO Malaysia Official Run Club. Berlangsung pada 11 Julai di Jasima, TTDI, peserta bukan sahaja berpeluang berlari bersama komuniti, malah turut menikmati MILO percuma selepas tamat larian.
Tarikh dan waktu: 11 Julai 2026, 7.00 pagi
Lokasi: Jasima, TTDI
Artikel berkaitan: Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
