Related Stories
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Kenali Elle Woods sebelum bergelar peguam ikonik. Saksikan siri prekuel ‘Elle’ terbitan Reese Witherspoon eksklusif di Prime Video 1 Julai ini!
Siapa sahaja yang boleh lupakan penangan kot merah jambu, keyakinan tinggi, dan gaya ikonik Elle Woods dalam filem Legally Blonde? Selepas hampir 25 tahun watak ini mencuri hati peminat fesyen dan filem seluruh dunia, satu berita gembira bakal membuatkan hari anda bertukar menjadi serba pink!
Prime Video secara rasminya mengumumkan siri prekuel yang amat dinantikan, Elle, bakal menemui penonton secara eksklusif bermula 1 Julai di lebih 240 buah negara. Menariknya lagi, walaupun musim pertama belum pun ditayangkan, siri terbitan Hello Sunshine dan Amazon MGM Studios ini sudah pun diperbaharui untuk Musim Kedua!
Mengimbas Kembali Zaman Sekolah Elle Woods
Siri bergenre coming-of-age ini bakal membawa kita menyelami era sekolah menengah Elle Woods. Kita akan menyaksikan bagaimana fasa remaja dan pengalaman hidup membentuk dirinya menjadi seorang wanita ikonik yang kita kenali dan sayangi.
View this post on Instagram
A post shared by Tom Everett Scott (@tomeverettscott)
Sorotan Lain7 Lapangan Terbang Paling Mengagumkan Di Dunia
WFH? 5 Lokasi Alternatif Ini Bakal Membantu Anda Berkarya
Victoria Beckham ‘Kerah’ Tenaga David Beckham Untuk Kempen Kecantikan Terbaharu
GLAM Junior: Adik Neelofa Bakal Timang Baby Lelaki
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
Izara Aishah Bakal Timang Anak Kedua Bulan Hadapan![]()
“Menemui bakat Lexi Minetree dan melihat dia menyarung kasut fabulon Elle merupakan antara pengalaman paling bermakna dalam kerjaya saya,” ulas Reese Witherspoon yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif. Siri ini mengekalkan elemen kebaikan, keaslian diri, dan keyakinan tinggi yang pasti menyentuh hati penonton lama mahupun generasi baharu.
Barisan Kreatif & Pelakon Hebat

Bercakap tentang barisan pelakon, watak utama Elle Woods remaja akan digalas oleh Lexi Minetree. Siri ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti June Diane Raphael sebagai Eva, Tom Everett Scott sebagai Wyatt, serta dibantu oleh Gabrielle Policano, Jacob Moskovitz, Chandler Kinney, dan Zac Looker. Dari sudut kreatif pula, siri ini dicipta oleh Laura Kittrell yang terkenal dengan naskhah Insecure, dan beliau juga menggalas tanggungjawab sebagai co-showrunner bersama Caroline Dries. Lebih menarik lagi, dua episod awal musim pertama telah diarahkan oleh pengarah filem Pitch Perfect, Jason Moore, yang turut bertindak sebagai penerbit eksekutif. Bersedialah dengan busana merah jambu terbaik anda dan saksikan transformasi penuh glamor Elle Woods di Prime Video pada 1 Julai ini.
Artikel Berkaitan
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Is...
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
