fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Olfaktori Musim Bunga Jo Malone
Ini Rahsia Rambut Lebat & Sihat Yang Ramai Tidak Tahu
The Slim Velvet Radical Bintang Gincu Baharu YSL Beauty
Marc Jacobs Beauty Menampilkan Kecantikan Anak Cindy Crawford
CHANEL Tampil Solekan Kosmik Untuk Holiday 2025
Home > Cantik > Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang

Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang

Pada pandangan pertama, Capitol Cafe di Bukit Bintang mungkin bukan lokasi yang terlintas di fikiran untuk sebuah parti kecantikan mewah. Ia lebih dikenali sebagai tempat menikmati kopi dan hidangan tempatan berbanding acara yang dipenuhi selebriti, muzik dan dunia kecantikan.

Untuk satu malam, YSL Beauty mengambil alih ruang ikonik tersebut dan mengubahnya menjadi destinasi yang menyatukan budaya tempatan, muzik dan kecantikan dalam cara yang cukup berbeza. Papan tanda kopi, roti bakar dan nasi lemak masih kekal di tempatnya, tetapi kali ini diiringi lampu neon, alunan muzik dan tenaga yang menghidupkan suasana hingga lewat malam.

Kuala Lumpur menjadi destinasi terbaharu bagi siri YSL Beauty Block Party, konsep global yang terkenal kerana memilih lokasi tidak dijangka dan mentafsirkannya semula melalui dunia YSL Beauty. Berbeza daripada acara pelancaran biasa, Block Party meraikan ekspresi diri, komuniti dan budaya dengan cara yang lebih dekat dengan generasi hari ini.

Malam tersebut turut menghimpunkan barisan tetamu terkenal termasuk duta YSL Beauty Malaysia, Meerqeen, bersama Azira Shafinaz, Angel Chai dari DOLLA, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Nia Atasha, Midnight Fusic dan ramai lagi.

Di sebalik kemeriahan acara, YSL Beauty turut meraikan satu pencapaian penting menerusi pembukaan rasmi TikTok Shop YSL Beauty Malaysia. Sebagai sebahagian daripada pelancaran itu, keseluruhan acara disiarkan secara langsung, membolehkan penonton mengikuti suasana malam tersebut serta meneroka produk ikonik YSL Beauty secara masa nyata.

Turut menjadi tumpuan ialah rangkaian baharu YSL Lovenude. Koleksi bibir matte ini direka untuk menghasilkan penampilan yang lembut tetapi tetap menyerlah. Diterajui oleh YSL Lovenude Lip Blusher dan YSL Lovenude Kiss Shaper, ia menawarkan definisi bibir yang lebih moden dengan kemasan soft focus yang menjadi signatur koleksi ini.

Menariknya, YSL Beauty tidak meninggalkan identiti lokasi yang dipilih. Stesen roti bakar dan kopi menjadi antara elemen yang paling mendapat perhatian sepanjang malam, menghubungkan dunia kecantikan mewah dengan ritual harian yang begitu dekat dengan rakyat Malaysia.

Dengan muzik daripada Jovynn, Athina Kamarudin, Roshan Menon, Maya Letisha dan Joee mengisi ruang sepanjang malam, Capitol Cafe bertukar menjadi sesuatu yang sama sekali berbeza daripada kebiasaannya.

Dan mungkin itu yang menjadikan YSL Beauty Block Party berjaya. Ia bukan sekadar tentang solekan, wangian atau selebriti. Ia tentang bagaimana sebuah ruang yang cukup biasa boleh dilihat dari perspektif yang baharu, walaupun hanya untuk satu malam.

Artikel berkaitan: WANGIAN: LIBRE BERRY CRUSH, Meraikan Kebebasan