fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kuku Cantik Idaman Wanita
Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama
5 Makeup Pouch Raya Pilihan GLAM Untuk Bawa Pulang Kampung
8 Wangian Tahan Lama Pilihan Bakal Pengantin
GLAM Editor’s Pick 2017: SULWHASOO
Home > Cantik > 10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada

10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada

Terokai 10 jenama makeup dan skincare tempatan terbaik dan paling trending yang diformulasikan khas untuk kulit rakyat Malaysia serta cuaca tropika. 

Direka dan diformulasikan khas untuk menepis cabaran cuaca tropika yang panas serta lembap, produk-produk ini bukan sahaja menawarkan ketahanan maksimum, malah memberi solusi tepat buat kulit rakyat Malaysia. Industri kecantikan tempatan kini berada pada kelas tersendiri, malah kualiti serta formulasinya sering menandingi jenama antarabangsa di pasaran global. 

Ini 10 Jenama Skincare Dan Makeup Tempatan Berprestasi Tinggi Yang Wajib Ada Dalam Rutin Harian Anda!

1. Tatagaltier

Jenama estetik Tatagaltier yang mencetuskan fenomena menerusi Bulung Treatment Essence berasaskan ubi kayu untuk merawat skin barrier.

2. Chucks Co.

Chucks Co. diasaskan oleh Jane Chuck, terkenal dengan produk skincare estetik seperti Self Love Honey Mask yang sangat popular dalam kalangan peminat kecantikan urban.

3. Kayman Beauty

 

Kayman Beauty peneraju skincare tempatan yang kekal popular menerusi CoalFace Soap dan rangkaian produk penghidratan mereka yang sentiasa sold out.

4. Lumi Beauty

Lumi Beauty iasaskan oleh Chryseis Tan, rangkaian Glow Serum mereka memberikan kesan glass skin premium yang sangat diidamkan.

5. Noir Health & Beauty

Diasaskan oleh Madammu, Noir jenama premium tempatan yang mencetuskan fenomena lewat rangkaian skincare mewah mereka yang berkesan mencerahkan dan merawat masalah kulit matang serta berjeragat.

6. The Raw.

The Raw. diasaskan oleh ahli farmasi tempatan, jenama ini mencetuskan fenomena menerusi serum Niacinamide dan Arbutin gred klinik yang berkesan merawat masalah kulit pada harga mampu milik.

7. Tanamera

Tanamera peneraju produk kecantikan organik tempatan yang membawa ramuan herba tradisional Melayu ke peringkat antarabangsa melalui rangkaian spa premium mereka.

8. Alha Alfa Cosmetics

Diasaskan oleh makeup artist selebriti terkemuka, Alha Alfa Royal Pro Cushion mereka adalah produk wajib bagi litupan flawless tahap pengantin.

9. Syedewa Cosmetics

Syedewa jenama premium oleh Syed Faizal yang menjadi kegilaan ramai menerusi rangkaian lip matte dan lip oil gred profesional.

10. TK by Tyra

TK by Tyra diasaskan oleh Tyra Kamaruzzaman terkenal dengan rangkaian blusher inklusif untuk semua tona kulit wanita Malaysia di bawah kempen “Beauty for Everyone”.

Artikel berkaitan: Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!