fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
7 Permainan Tradisional Jenama Mewah Untuk Tahun Baru Cina
Potret Putera Harry & Meghan Markle Dilaporkan Menghina Kerabat Diraja Britain
Sains Mengiktiraf Rege-Jean Page Sebagai Lelaki Terkacak Di Dunia
Datin Nina Ismail Sabri Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric
Perjuangan Tengku Puteri Iman Afzan Mengenai Kesihatan Mental Di Peringkat Antarabangsa
Home > Gaya Hidup > Hari Ibu 2026: Legasi Yang Diteruskan Jane Chuck & Siti Saleha

Hari Ibu 2026: Legasi Yang Diteruskan Jane Chuck & Siti Saleha

Diinspirasikan oleh Tiffany & Co., bab terakhir (Hari Ibu 2026) ini menyatukan dua figura wanita yang berbeza namun saling melengkapi – Jane Chuck dan Siti Saleha. 

Melalui refleksi Hari Wanita Sedunia 2026, bulan Mac lalu hingga ke emosi yang lebih mendalam sempena Hari Ibu 2026, The Moment She Carries Forward berkembang sebagai sebuah perjalanan tentang seorang wanita dan yang lebih penting, tentang apa yang dibawa ke hadapan untuk generasi seterusnya. Melalui kisah mereka, kempen ini menyorot satu pemahaman yang lebih halus: legasi hidup dalam nilai, dalam kasih, dan dalam apa yang kita tinggalkan dalam diri orang lain.

Dalam naratif ini, keibuan diperlihatkan sebagai satu bentuk pengaruh yang terpancar dalam cara seorang wanita memimpin, menyokong dan membentuk dunia di sekelilingnya.

Bagi Jane Chuck, seorang ibu kepada anak lelaki berusia dua tahun, kehidupannya sentiasa bergerak pantas. Sebagai usahawan, pemimpin, dan suara dalam komuniti, hari-harinya dipenuhi dengan keputusan, tanggungjawab, dan interaksi berterusan. Namun di sebalik kesibukan itu, terdapat detik-detik kecil yang menjadi pengimbang momen yang mengingatkan tentang apa yang benar-benar penting.

“True strength isn’t just in standing alone. It’s in who we grow with.” –  Jane Chuck

Kisah Jane memperlihatkan bagaimana makna kekuatan berubah seiring waktu. Jika dahulu ia dikaitkan dengan berdikari dan kawalan, kini ia lebih berkait dengan hubungan, kepercayaan, dan keupayaan untuk bergerak bersama orang lain. Pengaruhnya hadir melalui kehadiran yakni cara dia mendengar, membimbing, dan membuka ruang untuk orang lain berkembang.

Berbeza dengan Jane, kisah Siti Saleha hadir dengan ketenangan yang lebih intim.

Sebagai seorang ibu baru, kehidupannya kini bergerak dalam tempo yang lebih perlahan, dipandu oleh perspektif yang semakin mendalam. Hari-harinya diisi dengan momen-momen kecil bersama anaknya, Indra. Dia memerhati, memahami, dan mengenali kehidupan yang baru dalam bentuk yang paling tulus.

Melalui pengalaman ini, Saleha mula melihat kekuatan dari sudut yang berbeza. Ia hadir dalam kehadiran, kesabaran, dan kasih sayang yang konsisten.

“Dalam membesarkannya, saya juga sedang mengenal siapa diri saya yang baru.” – Siti Saleha

Dua kisah yang mana  satu penuh gerak, satu penuh ketenangan dan akhirnya bertemu pada satu titik yang sama: legasi terbina setiap hari, melalui tindakan kecil dan hubungan yang bermakna.
Sepanjang kempen ini, keindahan Tiffany & Co. melengkapkan setiap visual dengan penuh elegan. Setiap helaian gaya dirakam dengan perhiasan Tiffany & Co. yang bukan sekadar aksesori, tetapi simbol memori, kesinambungan, dan momen yang membentuk kehidupan.

Ia hadir secara halus namun signifikan menguatkan emosi dalam setiap babak. Di penghujungnya, kempen ini meninggalkan satu renungan yang mendalam: Legasi bukan sesuatu yang kita tinggalkan nanti. Ia bermula hari ini.


Dalam cara kita menyayangi, membimbing, dan memberi makna kepada kehidupan orang lain. Akhirnya, yang kekal bukanlah apa yang kita capai, tetapi apa yang kita teruskan.

Pengarah Kreatif, Nisa’ Halid Pengarah Seni Kanan, Khai Ramli Timbalan Pengarang (ICON) Tiffany Tan Pengarah Visual, Syafiq Sazaly Penolong Pengarah Visual, Zakwan Taufiq Fotografi, Lily Alissa Jurusolek Selebriti, Ezad Ibrahim Dandanan Rambut, Bibian Leong Lokasi, Kimpton Naluria KL (ICON), EQ Hotel KL (GLAM) Pelatih Amali, Nur Afiqah, Nurul Athirah & Nurul Izzati

Pakaian Siti Saleha Alia Bastamam Barang Kemas Tiffany & Co
Pakaian Jane Chuck Louis Vuitton, JT official Barang Kemas Tiffany & Co
Artikel Berkaitan: