Tun Aminah Menikahi Dennis Muhammad Dalam Upacara Penuh Beradat
Selepas tiga tahun mengenal hati budi masing-masing, satu-satunya Puteri Diraja Johor ,Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim (31) akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Dennis Muhammad Abdullah (28) dalam satu acara tertutup di Istana Bukit Serene pagi tadi.
Majlis pernikahan tertutup yang diadakan mengikut adat Melayu sepenuhnya itu turut disaksikan oleh Sultan Johor sendiri DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, DYMM Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofiah Idris Shah, Martin dan Henriette Verbaas (ibu bapa Dennis), kerabat-kerabat rapat, dan teman-teman baik kedua-dua belah pihak.
Dennis Muhammad turut memberikan mas kahwin sebanyak RM22.50.
Antara hantaran daripada pihak Diraja Johor termasuklah satu naskhah Al-Quran, sejadah, dan sebentuk cincin emas.
Upacara perkahwinan kedua mempelai akan diteruskan pada malam ini dengan majlis resepsi dan juga persandingan mereka yang bakal dihadiri oleh 1200 orang jemputan.
GLAM mengucapkan setingg-tinggi tahniah kepada YAM Paduka Puteri Johor Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah atas permulaan baru dalam hidup mereka ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

