Tengku Mahkota Kelantan Selamat Diijabkabul Bersama Sofie Louise Johansson
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, 45 tahun selamat diijabkabulkan dengan suri hati pilihannya, wanita yang berasal dari Sweden, Sofie Louise Johansson. Istiadat akad nikah berlangsung dengan selamatnya di Istana Balai Besar disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Istiadat tertutup secara sederhana tersebut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 tetamu terdiri daripada kerabat Diraja dan kenalan terdekat sahaja. Majlis akad nikah baginda bersama pasangan diadakan selepas solat Isyak dan disusuli dengan istiadat perkahwinan. Khutbah nikah pula dibacakan oleh Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad.

Menerusi gambar-gambar yang mulai tersebar di laman-laman sosial, kedua mempelai nampak anggun dan menawan menyarung persalinan dengan varian pastel. Sebelum bersanding, Sofie nampak sangat jelita menyarung persalinan putih.

Yang pasti, rata-rata rakyat memuji perkahwinan diraja baginda yang diadakan secara sederhana menggambarkan sifatnya yang sukakan kesederhanaan.
Saksikan kemeriahan dalam kesederhanaan majlis perkahwinan baginda dan isteri menerusi gambar-gambar tersebut.
Untuk mengenali lebih dekat siapakah Cik Puan Sofie Louise Johansson, tekan pautan ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kolaborasi Unik Henry Jacques & Ousmane Dembélé
Jun 15, 2026
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026

