Hubungan 10 Bulan Selena Gomez dan The Weeknd Kini Punah

Hubungan Selena Gomez dan The Weeknd Berakhir Akibat Justin Bieber?

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kembara cinta antara Selena Gomez dan The Weeknd (né Abel Tesfaye) yang berputik 10 bulan yang lalu kini sudah berakhir.

 

Berita ini disahkan oleh E! News secara mengejut dan telah menyebabkan kecelaruan dalam kalangan peminat Selena dan The Weeknd yang menyokong hubungan romantika mereka sebelum ini. Spekulasi mula dibuat apabila ada yang menyatakan perpisahan mereka ini berlaku beberapa hari selepas laporan hubungan antara Selena dan bekas teman lelakinya, Justin Bieber, mula menjalinkan hubungan mutual melalui gereja yang mereka hadiri.

 

Namun satu sumber sempat mengeluarkan kenyataan: “[Perpisahan] ini lebih kepada perpisahan yang dipersutujui bersama. Mereka mula renggang akiabt kerjaya. Ia tidak berakhir dengan cara yang negatif. Hubungan itu secara asasnya telah berakhir sebelum Selena dilihat meluangkan masa bersama Justin Bieber.”

 

Pucuknya adalah Selena yang mencadangkan mereka patut berpisah. Mereka menjalikan hubungan jarak jauh dek kerana jadual kerja yang berbeza dan padat dan Selena merasakan apa yang diberikan oleh The Weeknd tidak mencukupi. Perbalahan turut tercetus, walaupun tidak serius, dan ia menjadi semakin kerap.

See also
Gigi Hadid Memohon Maaf Untuk Impresi Melania Trump

“Mereka masih berbual seperti rakan biasa. Proses perpisahan mereka ini dilakuka dengan cara yang matang oleh kedua-dua pihak.”

 

Selena dan Justin telah dilihat bersama pada hujung minggu yang lalu meluangkan masa bersama buat pertama kalinya selepas mereka berpisah pada tahun 2015 dan baru-baru ini juga mereka menghadiri beberapa acara di gereja yang sama dan turut makan bersama.

 

Foto BACKGRID USA

Keluarga Selena juga telah mengetahui akan kemunculan semula Justin dalam hidup Selena dan mereka tidak begitu gembira dengan situasi ini.

 

People turut melaporkan kenyataan sumber daripada pihak Justin sendiri yang “Justin sedar bahawa kelaurga Selena tidak gembira yang mereka meluangkan masa bersama. Mereka menganggap dia telah banyak menyusahkan Selena. Justin berharap dia dapat membuktikan yang dia sudah berubah.”

 

Selena dan The Weeknd mengumumkan hubungan mereka secara rasmi apabila mereka membuat kemunculan umum pertama di atas karpet merah Met Gala dan kemudiannya Coachella.