Bekas Tunang Mariah Carey mengaku Ia Satu Kesilapan

Hubungan Mariah Carey & James Packer Adalah Satu Kesilapan

Sudah setahun berlalu sejak penyanyi “My All” Mariah Carey berpisah dengan bekas tunangnya, usahawan billionaire James Packer, akhirnya si lelaki ini bersuara juga perihal hubungannya yang menarik perhatian dunia tatkala mereka masih bersama.

 

Foto Splash News

“Saya berada di tahap paling rendah dalam kehidupan saya [sewaktu dia bertemu Mariah]. Dia seorang yang baik, menerujakan, dan seronok. Mariah jugz merupakan seorang wanita yang berkuasa. Namun ia merupakan satu kesilapan buat Mariah dan juga saya,” ujar James kepada sebuah publikasi Australia.

 

Mariah yang sudah berjumpa dengan cinta barunya Bryan Tanaka (dan pernah berpisah seketika), mula menjalinkan hubungan bersama James pada penghujung tahun 2015 sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada Januari 2016 dengan sebentuk cincin pertunangan bernilai $10 juta yang menjadi topik perbualan ramai.

 

Perpisahan mereka pada Oktober yang lalu dikatakan berlaku sewaktu mereka sedang bercuti di Greece dan tidak diketahui oleh Mariah sendiri. Kerana penyanyi itu mendapat tahu berita perpisahan mereka melalui laporan oleh Woman’s Day Australia pada keesokan harinya.

 

“Mariah tahu yang mereka sedang menghadapi masalah, tetapi semua hubungan mempunyai isu — dia tidak menyangka dia akan membaca dalam surat khabar  tentang perpisahannya. Dia kecewa dan sangat terkejut.”

 

Mungkin sebab itulah Mariah membakar gaun perkahwinan Valentino $250,000 yang dia tidak sempat memakai untuk hari istimewanya itu?

 

POST A COMMENT