So Cute!! Rihana Petra Akhirnya Berkongsi Wajah Comel Ismail Leon - Page 3 of 5 - Glam Malaysia

So Cute!! Rihana Petra Akhirnya Berkongsi Wajah Comel Ismail Leon

Isu penceraian melibatkan Sultan Muhammad V dan bekas isteri, Rihana Oksana Petra mungkin masih belum tamat dek pelbagai spekulasi yang timbul. Baru-baru ini, akhirnya model dan juga ratu cantik Russia itu ada memuatnaik beberapa foto gambar wajah anak lelaki sulungnya di laman Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya Tidak Dapat Menahan Air Mata…Namun Ia Tangisan Kegembiraan…’ Rihana Petra Tetap Bersyukur Walaupun Diceraikan

Putera sulungnya itu yang diberi nama Ismail Leon kini sudah berusia 5 bulan. Ternyata comel sungguh dan rata-rata netizen memuji kecomelan bayi lelaki ini, apatah lagi ini kali pertama Rihana Petra berkongsi gambar anaknya untuk tatapan awam. Dengan kepsyen, "Hello, my name is Ismail Leon. I’m 5 months old and my mom loves me very much", yang pasti hantaran ini cukup mengujakan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V

Di samping itu, Rihana Petra turut merakam dan memuatnaik video di IG Story menyaksikan momen dirinya  sedang menyusukan anaknya. Bulan lalu, Rihana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky di Rusia, menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan  menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai sekitar RM47 juta. The case is still ongoing. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Muhammad V Timang Cahaya Mata Lelaki Bersama Oksana Voevodina?

Jom kita lihat gambar-gambar Ismail Leon yang selanjutnya. (Foto: Instagram @Rihanapetra)

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse