Komitmen Tunku Nadia - Glam Malaysia

Komitmen Tunku Nadia

tunku nadia

Tunku Nadia terkenal sebagai salah seorang Dj terhangat masa kini. Sekiranya anda selalu menghadiri parti di ibu kota, Tunku Nadia Tunku Naquiyuddin antara wajah yang sering menghidangkan muzik sebagai halwa telinga hadirin. Kala Najeeb menyolek wajahnya, dia sempat memberitahu saya, “I absolutely love her nose, mancung! Cantik terletak.” Saya yang ralit melihat Najeeb ‘berkarya’ pada wajah Nadia turut mengakui kata-katanya. Nadia tiba di lokasi fotografi dengan mengusung satu bagasi bersamanya. Di dalamnya terisi helaian konsep resort daripada label pereka. Nadia tidak kekok memberikan pose walaupun dia sebenarnya jarang beraksi di depan kamera. Di bawah cahaya matahari terik, dia bersikap profesional untuk terus memberikan pose yang terbaik dari dalam kolam renang untuk dirakamkan.

 

Apa yang terbaru mengenai you? “I’m currently a resident DJ at The Vault KL pada setiap malam Sabtu. Saya juga ada mainkan muzik di kelab mahupun majlis. When I play solo I go by the name DJ Nadia. Tetapi jika saya berkolaborasi duo bersama teman baik saya, we go by the name Twinkies.

 

Nadia akui, bersenam bukanlah suatu perkara baru yang mengisi jadual hariannya. Sejak di bangku sekolah lagi wanita ini sudah mengamalkan senaman. Saya difahamkan jadual waktunya padat terisi dengan aktiviti sehariannya. Dia akan mulakan harinya pada jam 9.00 pagi. Tetapi apabila ada latihan Triple B sesi pagi, jam 7.00 pagi dia sudah berkejaran ke Fuel Athletic berlokasi di Damansara. Dan selepas itu dia akan uruskan kerjanya melalui komputer riba sehingga jam 2.00 petang. Kebiasaanya dia hanya akan makan tengah hari di depan komputer riba sahaja. Di sebelah petang Nadia akan lakukan rejim senaman hariannya. Sama ada dia buat senaman Hot Yoga, Circuit Training, kelas Muay Thai di Klinch atau berlari sekitar Desa Park City. Sesekali dia akan mengayuh basikal sejauh 20km.

See also
Barisan Kerabat Diraja, Sosialit, dan Selebriti Yang Menyaksikan Wimbledon

 

Waktu malam jika tidak berkerja, Nadia biasanya akan makan malam di rumah sahaja sambil menonton siri tv yang diminatinya sebelum tidur. “Jika di rumah saya akan luangkan waktu kualiti bersama anak-anak saudara saya. Because they love my attention all the time. Ada waktu saya berenang dengan mereka di kolam renang di rumah. We paint and get creative together in their art room. Selalunya saya kena berlakon jadi penonton as they both love to perform to me whether its singing, dancing or acting.”

 

Nadia sempat berkongsi dengan lebih terperinci jadual fitnessnya. Melihat lengannya yang berotot dan perutnya yang memiliki six-packs saya tahu dia amat konsisten dengan rejim fitnessnya. “Tahu kenapa saya amat komited dengan senaman? Kerana saya suka makan! So working out makes me feel less guilty about having charcoal pavlova from Bakar for example! Setiap minggu saya akan pastikan untuk melakukan tiga sesi hot yoga, dan dua aktiviti sukan yang berbeza sama ada skuash, badminton, bola keranjang ataupun futsal. Dan jika di gym, saya cukup suka dengan fitness boxing, hit classes di Firestation Fitness, dan sesi triple B di Fuel Athletics,” sambung Nadia mengenai rahsia dia amalkan gaya hidup sihat. Selain itu dia turut mengambil supplements seperti Multi Vitamins, 1000mg Vitamin C, vitamin B dan Coq10 untuk memberi tenaga kepada aktiviti hariannya.

See also
Kim Kardashian Adalah 'Elle Woods' Bersempena Halloween

 

Bercakap soal fesyen, Nadia lebih sukakan sesuatu yang bersifat kasual. “Saya bukanlah seorang yang gemarkan gaya ‘loud’. Prinsip ‘less is more’ saya simpan kemas di sanubari. Saya suka mengenakan sesuatu yang minimal tetapi masih tampak elegan. Cukup dengan kemeja-T dan jeans yang dihidupkan dengan sneakers label pereka.” Apabila bersantai dengan teman-teman gaya Nadia terarah kepada lebih feminin. Dia selalunya akan mengenakan skinny jeans bersama crop top dan menyarungkan sepatu tumit tinggi.

 

“Karya Karl Legerfeld mencuri hati ini untuk melabur pada kecintaan saya pada fesyen. Pun begitu obsesi saya kini berpihak kepada label Off-White. Helaiannya digarap dengan gabungan elemen couture dan streetstyle. Tentunya saya juga cukup mengagumi rekaan Alia Bastamam yang berbaur classy serta elegan. Potongannya membuatkan semua wanita berasa sempurna dengan bentuk badan mereka,” ujarnya.

 

Meneroka dunia menjadi hobi wanita berusia 34 tahun ini sejak kecil lagi. Trip terbarunya di Maldives mengundang 1001 kenangan buat Nadia. Percutian lima sekawan untuk meraikan ulang tahunnya itu menjadi kenangan terindah terakam dalam diari persahabatannya bersama teman-teman. Bermalam di hotel mewah yang menawarkan panorama pulau yang menakjubkan. And the food was world class! Dia ternyata sudah jatuh cinta pada bumi Maldives dan berjanji untuk ke sana lagi jika berkesempatan.

See also
Eksklusif: Temu Bual Bersama Heidi Nazarudin, The Ambitionista

“Maldives adalah mimpi indah yang bertukar realiti bagi saya. Underwater spa di Huvafen-Fushi di Maldives adalah spa terbaik yang pernah saya kunjungi sepanjang mengembara. It was absolutely beautiful down there with all the lively coral fish amongst the colourful reef. Tetapi jika restoran, saya memilih S.W.Restaurant di Wynn Las Vegas. Stik di sana sangat sempurna dan tidak boleh ditandingi oleh mana-mana restoran stik yang pernah saya cuba. I always leave 100 percent satisfied after stuffing myself there! Iceland juga antara negara yang telah mengunci hati saya. Saya teringin sekali untuk menjejak kaki di Lapland yang terletak di Finland. Saya mahu diri berbaring dengan bermandikan cahaya bintang-bintang di langit sambil menyaksikan efek Aurora Borealis,” terangnya panjang lebar sebelum mengakhiri perbualan hari itu.