Related Stories
Nur Fazura, The Luckiest Girl In Love

Isteri, pelakon, penyanyi Dan usahawan, Nur Fazura kini menemui kebahagiaan abadi.
Ini bukan pertama kali Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih mesra disapa Faz menghiasi wajah GLAM, akan tetapi ini kali pertama dia menjadi sampul muka depan GLAM selepas bergelar seorang isteri. Saat dia melangkah masuk ke studio saya melihat cahaya cinta bersinar pada wajah cantiknya. Kebetulan suami tercinta, Fattah Amin, 27, turut ada sewaktu sesi fotografi. Kemesraan pasangan pengantin baru ini jelas terlihat. Setiap detik dibumbui canda ria dan usik mengusik di antara mereka berdua. Sesekali Faz jadi malu-malu dengan usikan suaminya. Ya jika dilihat memang mereka berdua bagaikan pinang di belah dua. Sama cantik, sama padan, such a handsome couple!
FATTZURA Penangan #Fattzura di media sosial seakan-akan menular di mana-mana sahaja. Bagaikan satu fenomena apabila Fazura dan Fattah menjalin hubungan cinta menerusi drama Hero Seorang Cinderela. Sehingga ke hari ini masih ada lagi peminat bercerita mengenai busana kahwin bertemakan ‘fairytale’ Fazura pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, khusus untuk anggota keluarga dan rakan terdekat. Begitu juga dengan persalinan songket yang dikenakan pasangan ini untuk majlis resepsi di Royale Palace yang dianjurkan bagi melunasi janji masing-masing untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat sempena perkahwinan mereka.
Mengimbas pengalaman bulan madu di London, Faz klasifikasikan ianya percutiaan terindah dalam hidupnya. Siapa lagi kuat shopping? You atau Fattah? Saja saya mengusiknya. “Me…” jawabnya dengan rasa bersalah dan kemudian disusuli dengan tawa. “I can say that I am responsible shopper now kalau nak dibandingkan dengan saya dulu, kali ini apa saja item yang saya beli saya akan pastikan untuk memakainya. Jujurnya Fattah terkejut juga melihat saya membeli-belah. Everybody knows that I’m crazy over shoes! Kalau membeli kasut Faz sukakan rekaan yang unik dan bagus kualitinya. Seringkali kita merungut apabila menyarungkan sepatu tinggi. Biasanya kasut yang kita sarungkan memberi macam-macam masalah. Kaki sakit, lenguh, melecet tetapi sebenarnya jika kita bijak memilih kualiti sepatu tumit tinggi yang bermutu, berjalan seharian dengan heels pun tidak menjadi masalah. Christian Louboutin adalah kegemaran saya sejak dulu lagi. Tetapi kalau bicara soal stail saya rasa Fattah lebih bergaya daipada saya, apa sahaja yang disarung dibadannya nampak terletak dan bergaya,”

Saya menyelami isi hati wanita ini apabila dia kini sah bergelar isteri, tentunya hari-harinya dipenuhi dengan tanggungjawab baru dan taman cinta di hatinya mekar hanya melihat senyuman sang suami. “Alhamdulillah, itu saja yang saya mampu ucapkan. Sebak juga rasanya kerana hari ini baru saya benar-benar memahami erti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT apabila kita dilimpahi kasih sayang daripada insan bernama suami. Saya bukan mahu puji suami, tetapi kehadiran Fattah mengusir kesunyian di hati saya. Dia seorang lelaki yang romantis, penyayang, manja dan bertanggungjawab. Sesekali ada sifat garang dalam dirinya, sekaligus membuatkan saya rasa hormat padanya. Dan apabila kita bersuami, saya tahu ini menjadi tanggunjawab saya untuk menjaga dan menyayanginya kerana sebelum ini saya berasa bertanggungjawab terhadap keluarga saya sahaja. Kalau nak ikutkan kami berdua kuat merajuk, tetapi kami akan pastikan salah seorang mesti mengucapkan maaf, dan satu lagi pihak juga turut harus memohon maaf. Saya amalkan walau bergaduh sebelum tidur kami mesti berbaik-baik dan tidur bersama,”

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Faz juga handal di dapur, dan antara masakan kegemaran Faz adalah sup ayam, nasi goreng ikan masin, lasagna dan ayam panggang. Sepanjang berumah tangga, apa masakan yang sudah Faz masakkan untuk suami dan apa komen Fattah tentang masakan Faz? Pelakon Terbaik Filem Festival ke 27 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini tersenyum sebaik mendengar soalan saya. “Sejujurnya saya dan Fattah masih baru berkahwin dan jadual kami berdua sangat padat. Saya beruntung kerana Fattah tidak cerewet dengan makanan, jadi setiap pagi saya akan siapkan sarapan seperti nasi goreng dan sebagainya. Saya belum berpeluang untuk menyediakan lauk-pauk untuknya lagi. Insyaa-Allah apabila pindah rumah nanti saya akan sajikan hidangan daripada air tangan saya,”
Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu April 2018
Artikel Berkaitan
Sinergi Hidup Scha Al-Yahya
Bella Astillah Hargai Bahagia Yang Sederhana
Chryseis Tan in Command!
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
Athina Kamarudin, Michelle Frendiaz & Lareeze Galvez: Wa...
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
