Butik Konsep Baru TOD’S Dirasmikan Oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom
[envira-gallery id="83830"]
Sebuah jenama yang lazim dalam kalangan elit fesyen tempatan, TOD'S baru-baru ini telah membuka butik konsep mereka yang bertempat di Pavilion KL. Lengkap dengan hiasan dalamn serba mewah dan moden, TOD'S menjemput rakan-rakan selebriti, personaliti, dan sosialit Kuala Lumpur untuk bersama-sama meraikan hari istimewa tersebut. Malah upacara pembukaan itu turut diserikan lagi dengan kehadiran DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang yang juga turut membantu merasmikan pembukaan butik baru itu.
[envira-gallery id="83825"]
Artisan TOD'S turut diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk membantu membuat aksesori kulit mereka yang hadir mengikut citarasa mereka.
Berukuran 160 meter persegi, butik baru ini memberikan imej lebih moden dan kontemporari dengan rekaan dan imej yang selari dengan jenama ternama ini. Lengkap dengan lantai batu marmar dan siling tinggi, butik ini mengangkat lagi kemewahan mereka yang selari dengan vibe mewah kota Kuala Lumpur.

Datuk Seri Dr. Farah Khan, DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang, dan Massimo Caltagirone
Gambar Nic Chung
Upacara pemotongan riben dilakukan oleh Datuk Seri Dr. Farah Khan, Presiden dan Pengasas The Melium Group yang membawa jenama ini ke Malaysia pada tahun 2005 diiringi oleh Massimo Caltagirone, Pengarah Kawasan Asia Pasifik, TOD'S Group.
Antara nama-nama besar yang turut memeriahkan upacara termasuklah Neelofa, Kavita Sidhu, Siti Saleha, Danielle Graham, Jane Chuck, JC Chee, dan Lynn Lim.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

