Butik Konsep Baru TOD’S Dirasmikan Oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom
[envira-gallery id=”83830″]
Sebuah jenama yang lazim dalam kalangan elit fesyen tempatan, TOD’S baru-baru ini telah membuka butik konsep mereka yang bertempat di Pavilion KL. Lengkap dengan hiasan dalamn serba mewah dan moden, TOD’S menjemput rakan-rakan selebriti, personaliti, dan sosialit Kuala Lumpur untuk bersama-sama meraikan hari istimewa tersebut. Malah upacara pembukaan itu turut diserikan lagi dengan kehadiran DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang yang juga turut membantu merasmikan pembukaan butik baru itu.
[envira-gallery id=”83825″]
Artisan TOD’S turut diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk membantu membuat aksesori kulit mereka yang hadir mengikut citarasa mereka.
Berukuran 160 meter persegi, butik baru ini memberikan imej lebih moden dan kontemporari dengan rekaan dan imej yang selari dengan jenama ternama ini. Lengkap dengan lantai batu marmar dan siling tinggi, butik ini mengangkat lagi kemewahan mereka yang selari dengan vibe mewah kota Kuala Lumpur.

Datuk Seri Dr. Farah Khan, DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang, dan Massimo Caltagirone
Gambar Nic Chung
Upacara pemotongan riben dilakukan oleh Datuk Seri Dr. Farah Khan, Presiden dan Pengasas The Melium Group yang membawa jenama ini ke Malaysia pada tahun 2005 diiringi oleh Massimo Caltagirone, Pengarah Kawasan Asia Pasifik, TOD’S Group.
Antara nama-nama besar yang turut memeriahkan upacara termasuklah Neelofa, Kavita Sidhu, Siti Saleha, Danielle Graham, Jane Chuck, JC Chee, dan Lynn Lim.
Dr. Rajiv Bhanot, DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang, & Massimo Caltagirone

Gambar Nic Chung
Dr. Rajiv Bhanot, DYMM Sultanah Hajjah Kalsom, Sultanah Pahang, & Massimo Caltagirone
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
