fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Datin X: Suami Berang Isteri Diberi Pangkat Datuk
10 Soalan Bersama Susan Lankester
Happy 30th Anniversary Pretty Women!
Meghan Markle Akhirnya Berkongsi Kisah Cintanya Bersama Putera Harry
Qalisha Ray: “Fashion is all about yourself and who you are.”
Home > Personaliti > Apa Siapa Di Mana? > Neelofa Raih Anugerah Di Monte Carlo, Monaco!

Neelofa Raih Anugerah Di Monte Carlo, Monaco!

Seadanya, Neelofa kembali meraih perhatian dunia apabila namanya dipanggil untuk menerima anugerah Entrepreneur di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco baru-baru ini. Menanda aras baru dalam resume perniagaannya, pengiktirafan ini dilihat cukup bermakna buatnya apatah lagi setiap pemenang dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.

https://www.instagram.com/p/B3TAO2cHXLr/

Jelas Neelofa, “Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya.

https://www.instagram.com/p/B3WgYIZHVpJ/

Anugerah ini dibawakan secara eksklusif oleh Pauline Ducruet, anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters. Influencer Awards 2018 Monaco telah diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo. Antara pemenang pada majlis itu termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

Sumber: Harian Metro