YM Tunku Elana Khyra: A Royal Fashion Life

YM Tunku Elana Khyra: A Royal Fashion Life

GLAM mendasari jiwa murni YM TUNKU ELANA KHYRA dalam kebajikan serta kecekalannya mempelopori dunia perniagaan pada usia muda.

 

Siapa yang tidak kenal dengan keluarga usahawan ternama tanah air, YM Tunku Datuk Yaacob Khyra kerabat diraja Negeri Sembilan ini? GLAM berkesempatan merakam YM Tunku Elana Khyra iaitu anak sulung kepada Tunku Yaacob untuk menghiasi wajah GLAM isu Ogos. Saat bersua Elana di studio, saya dapat rasakan empunya diri adalah seorang yang lincah. Baik daripada segi pertuturannya mahupun gerak-gerinya. Semuanya membiaskan aura energetik. Saya sepertikan tidak puas merenung wajah Elana yang unik. Apabila dirisik akan latarbelakang, wanita muda ini memberitahu ibunya berketurunan Amerika dan Jepun. Justeru kerana itulah dia mewarisi the Pan-Asian look. Biarpun berketurunan keluarga bangsawan, wanita ini amat senang didekati. Dia begitu bersahaja bercerita mengenai keluarganya. Elana memiliki enam orang adik-beradik dan lima daripada mereka adalah adik beradik tiri.

 

Perpisahan ibu dan ayah Elana terjadi sewaktu dia masih kecil lagi. Justeru itu dia banyak membesar dengan ibunya, Angela Sears, 56 yang kini menetap di Amerika Syarikat. Menurut Elana ibunya seorang yang berjiwa besar dan amat suka membantu orang. Wanita muda ini mengimbas sejarah ibunya yang bekerja sebagai peragawati di Jepun untuk membiayai keluarga. “My mum worked hard to become a successful and prominent model in Japan in order to support her parents and siblings at the time. Ibu banyak mengajar saya untuk bersikap pro aktif dan fokus dalam apa jua yang saya lakukan. Aktiviti kegemaran saya dan ibu adalah minum teh hijau sambil kami berbual sampai berjam-jam lamanya. Kami bercerita mengenai semua. Saya selesa berbual dengan ibu mengenai kisah cinta, persabahatan sehinggalah isu agama dan politik. She is my BFF! We’re both big foodies so we love discovering great food at new restaurants. Ibu juga adalah penyokong tegar dalam hidup saya termasuklah menjadi cheerleader untuk saya setiap kali ada perlawanan bola sepak dan acara lumba lari waktu sekolah. Kami juga sering ke Jepun kerana masih banyak ahli keluarga di sana iaitu di perkampungan Amami Oshima. Banyak memori terakam indah di Jepun. Arwah nenek seringkali menyelam di dasar lautan Urchin dan menangkap Uni untuk kami. We eat it fresh from the catch.”

 

Elana ternyata memiliki jiwa yang luhur. Sekiranya ada waktu terluang dia pasti melaksanakan tugas CSR ( Corporate Social Responsibility). Memang semenjak dari kecil dia dididik ibu untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan. Kedua ibu dan anak ini sering melakukan kebajikan dengan menyediakan makanan dan mengagihkan makanan untuk gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Kali terakhir mereka berdua melakukannya adalah pada 2010 sebelum ibunya kembali menetap di Amerika. Dan hari ini Elana meruskan usaha ibunya itu dengan menjadi salah seorang ahli jawatan kuasa untuk Budimas Charitable Foundations. Badan kebajikan ini menanggung seramai 1661 orang terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan kurang kemampuan.

See also
Teka-Teki Meghan Markle & Putera Harry Akhirnya Terjawab

 

THE YOUNG ENTREPRENEUR Pelajar Sarjana Muda jurusan Arts Psychology dari Duke University, USA ini meski baru berusia 25 tahun memiliki portfolio menarik. Sebelum memulakan bisnes sendiri dia terlebih dahulu bekerja di bawah payung syarikat-syarikat milik bapanya, YM Tunku Datuk Yaacob. Kerjaya pertamanya adalah menguruskan pusat membeli-belah The Fisherman’s Wharf di Langkawi. Waktu itu dia baru berusia 23 dan menjawat jawatan sebagai Pengurus Pemasaran bagi MAA Group. Dia menggalas tanggungjawab untuk mencari penyewa unit kedai bagi mengisi beberapa kedai yang masih lagi kosong. “The Fisherman’s Wharf terdiri daripada bangunan dua tingkat yang menempatkan restoran, pejabat dan kedai di aras bawah manakala tingkat atas pula adalah The Langkawi Yacht Club Hotel. Saya berjaya mendapatkan penyewa kedai utama seperti Starbucks dan Jake’s Charbroil Steaks. Bukan mudah untuk mencari penyewa tetapi syukur saya dapat menguasai teknik bercakap dan skil sosial apabila membabitkan diri dalam arena perniagaan. Setiap kali berjumpa dengan orang saya akan mulakan perbualan hinggalah tanpa disangka mereka berminat untuk membuat bisnes di mall kami. The power of talking is everything,” ujarnya bangga dengan pencapaiannya.

 

Kala usianya menginjak 24, Elana menceburkan diri dalam syarikat produksi filem di United Kingdom milik bapanya yakni Mirrorfox Films. Elana banyak membantu daripada segi skrip dan menerapkan sedikit unsur-unsur latarbelakang tanah air kerana filem itu berjudul ‘Langkawi’ dengan harapan dapat memperkenalkan Langkawi di mata dunia dan menjadi destinasi pelancongan pilihan warga asing. Dia juga bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan projek pada hari itu berjalan dengan lancar. Kala bersama syarikat bapanya ini, dia banyak berkerja dengan nama-nama besar dalam bidang produksi antaranya Tommy Gormley, pembantu Pengarah Filem Star Wars: The Force Awakens dan Star Trek. “Sejujurnya, saya berasa seperti mimpi dapat bekerja dengan Tommy Gormley kerana saya membesar dengan filem Star Wars. Yes I’m a huge Star Wars fan. Projek filem kami pada waktu itu adalah genre komedi romantik. I learned that telling a captivating story involves connecting with your audience on an emotional level. And that a film is only as good as its script,” sambungnya lagi.

 

Setelah hampir dua tahun tamat pengajian, Elana Khyra akhirnya mengorak langkah dengan menjalankan perniagaannya sendiri hasil dorongan daripada bapanya. Elana percaya inilah kerjaya yang terbaik buatnya. Sifatnya yang sukakan kanak-kanak membawanya untuk membuka perniagaan pra-sekolah swasta miliknya. Pra-sekolah miliknya ini diberi nama The Hilltop Kindergarten yang terletak di Bukit Damansara dan dijangkakan dibuka pada September nanti. “Bohonglah kalau saya kata semua persiapan berjalan lancar. Kami kekurangan kakitangan dan saya terpaksa menjadi bidan terjun demi untuk menguruskan beberapa hal seperti mendapatkan lesen perniagaan, mereka logo dan banyak lagi. My desire to provide affordable and personalised education came as I knew I wanted to combine my passion for psychology and entrepreneurship to create positive experiences and environments for children in Malaysia. Kami juga menyediakan khidmat rumah asuhan. Kami menerima kanak-kanak daripada usia setahun hingga enam tahun. Apa yang istimewa pada sekolah ini adalah saya akan menggabungkan kaedah pembelajaran Montessori dan program Bright Kids serta menyelitkan aktiviti kokurikulum. Saya amat tegas dengan pemilihan guru-guru kerana saya dambakan guru yang berpengalaman yang akan menjadi mentor buat anak-anak kecil ini. Setiap kelas kami hadkan tidak lebih daripada sembilan orang pelajar supaya mereka lebih fokus di dalam kelas. Saya berasa sangat bertanggungjawab untuk melahirkan kanak-kanak yang cerdas. Pembelajaran awal adalah sangat penting sebagai persiapan buat anak-anak ini ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi,” terangnya lagi dengan nada serius.

See also
Millennial It-Girl: Yoyo Cao

 

LENSA GAYA HIDUP Elana dan adiknya, Leana Khyra, 19, yang kini menuntut di Pennsylvania, Amerika Syarikat akan meluangkan masa bersama adik-beradik yang lain pada waktu cuti musim panas dan juga cuti Krismas. Dia akan menghabiskan masa di kediaman mereka di Palm Springs, Amerika Syarikat atau di Nagasutra, Bali. Waktu inilah mereka akan beriadah bersama seperti bermain bola sepak, baseball, memanah, berenang dan juga aktiviti barbeku. “Untungnya ada keluarga besar ini, kerana akan ada sahaja aktiviti untuk dilakukan beramai-ramai. My family and I are skiers. Jadi setiap kali cuti Krismas kami akan pergi bermain ski di negara yang berlainan setiap tahun. Kami pernah ke Austria, Switzerland (Verbier) dan Perancis (Meribel dan Courchevel) dan juga ke Lake Tahoe baru-baru ini. My siblings are my constant source of laughter, when we’re together there’s never a dull moment. We are lucky in that from a young age our parents provided us the luxury of travelling to new holiday destinations which is definitely the source of my insatiable wanderlust. Ibu tiri saya, Datin Ezurin Tunku Yaacob (mama) sentiasa merancang trip percutian keluarga kami. Dan saya akui itulah yang membuatkan kami semua mesra dan akrab.” Sambung Elana lagi, dia akui mereka adik-beradik sangat bertuah kerana berpeluang mengembara dunia semenjak kecil lagi. “Kerana itu saya tidak kisah mengembara seorang diri di negara asing, hanya untuk mendalami adat istiadat penduduk tempatan dan bergaul dengan mereka. Travelling makes me a knowledgeable person day by day.”

See also
Momen Fesyen Indah Puan Sri Tiara Jacquelina

 

Bercakap soal fesyen, Elana akui dia menjadikan ibu tirinya, Ezurin sebagai ikon fesyennya. “Semenjak kecil lagi, ibu tiri saya (mama) sudah menerapkan pengaruh fesyen terhadap saya. Saya selalu terkesima apabila melihat dia bersiap untuk kemana-mana pun. I love the fact that her style is so unapologetically her own as she isn’t afraid to take risks when it comes to piecing an outfit together. Clashing prints, colours and shapes that would otherwise look ridiculous on someone else work seamlessly on her as she creates surprising looks quite frequently.” Ceritanya lagi yang mendapat keyakinan untuk bergaya melalui ibu tirinya. Elana cukup meminati jenama helaian buatan United Kingdom yakni Self-Portrait yang lebih bersifat santai. Dan untuk impak minimalis dan edgy dia senang mengenakan jenama dari Perancis iaitu Roland Mouret. Selain itu dia turut mengagumi dengan helaian La Perla buatan Itali. Dan beralih kepada jenama tempatan Elana menyokong jenama teman baiknya iaitu Owl By Dowlani. Bagi adibusana dia serasi dengan rekaan Fizi Woo, Alia Bastamam dan Rizalman. “Antara baju, sepatu dan tas tangan saya memilih sepatu. Kerana saya mahu setiap langkah saya penuh dengan keyakinan. Sepatu tumit tinggi yang bertakhta di hati semestinya Christian Louboutin, yang mana saya bisa berlari dengannya. Other than that, I use my Prada’s for the office, Giuseppe Zanotti’s, Jimmy Choo wedges in the summer and Adidas sneakers for daily wear or to match with a statement dress.”

 

Biarpun ayahnya tidak sentiasa di sisi kerana kekangan masa kerja yang amat sibuk, kami sangat akrab. YM Tunku Datuk Yaacob Khyra mengelola syarikat Malaysian Assurance Alliance (MAA Assurance), MAA Group Berhad dan beberapa buah syarikat lagi di bawah pimpinannya. “Papa sangat serius dengan apa-apa yang berkaitan dengan kerjanya. Pun begitu apabila bersama anak-anak dia sangat penyayang dan prihatin. Masih segar di ingatan saya apabila pertama kali belajar memandu kereta dengan Papa menaiki kereta Ferrari merah miliknya. It was so much fun and I was thankful I did not crash! Apabila ada waktu terluang kami akan memancing, dan berendam di kolam renang berjam-jam lamanya sambil bermain dengan adik-adik yang lain. Waktu makan malam, papa tidak benarkan sesiapapun menonton tv atau memegang telefon bimbit. Jadi kami akan berbual dan menghabiskan waktu kualiti bersama di meja makan. Papa orangnya sangat bijak, he is very good with numbers and he’s like a walking encyclopedia to us. Papa adalah ikon dalam hidup saya. Dan saya berharap dapat meneruskan legasi Papa yang begitu cekap dalam mengendali dunia perusahaan.”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Ogos 2017