Katy Perry Is Expecting! - Glam Malaysia

Katy Perry Is Expecting!

Katy Perry disahkan mengandung! Baru-baru ini, Katy telah melancarkan single terbarunya berjudul Never Worn White, dan secara langsung mendedahkan kehamilannya bersama tunang tercinta, Orlando Bloom. Untuk pengetahuan, ini merupakan kehamilan pertama Katy kerana sebelum ini Katy sememangnya mencuba untuk hamil ketika perkahwinan pertamanya bersama comedian kelahiran British, Russell Brand.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 14 bulan sahaja. Bloom pula sudah memiliki anak lelaki, Flyn yang beusia 9 tahun hasil perkahwinan bersama supermodel, Miranda Kerr. Katy, 35, dan Orlando Bloom, 43, bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada musim panas, sekitar bulan Jun atau Julai. Tidak mendedahkan usia mahupun jantina kandungannya, Katy begitu teruja berkongsi berita gembira ini bersama peminat-peminat setianya. Jelas Katy lagi, “I’m excited, we’re excited, and happy. It’s probably the longest secret I’ve ever had to keep.’I thought I would tell you guys in the best way through a piece of music”.

Apapun tahniah buat Katy and Orlando. Semoga kehamilannya sihat dan baik-baik sahaja!

See also
It's Here! Gucci Beauty Store Bakal Tiba Di Malaysia

Credit photo on top: Shutterstock