Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah - Page 8 of 10 - Glam Malaysia

Anggun Dengan Sifat Keibuan, Ini 10 Fakta Menarik Tentang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Menjelang hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 16 pada 30 Julai ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah nyata meniti di bibir rakyat jelata dek kewibawaan dan personalitinya.

Terkenal sebagai seorang yang mudah mesra dan disenangi ramai, dirinya juga kaya dengan sifat keibuan. Bersempena hari pertabalan, GLAM senaraikan 10 fakta menarik tentang Tunku Azizah Aminah yang tidak semua tahu.

 

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. Sentiasa menjaga penampilan. Keterampilan sederhana dan menawan serta bertudung litup Tunku Azizah mendapat pujian serta menjadi inspirasi rakyat jelata. Khabarnya, kebanyakan busananya merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizalman yang telah bekerjasama dengan baginda selama sudah 15 tahun. Menurut pereka fesyen itu, “Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja.”